Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Semua Parti Dalam Kerajaan Perpaduan Perlu Terus Kuat – Mohamad Sabu

Semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini diminta agar terus memperkukuh parti masing-masing dan tidak hanya bergantung kepada kelebihan berada dalam kerajaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini kerana kekuatan partilah yang akan menentukan kemenangan pada pilihan raya akan datang dan bukannya jawatan yang dipegang oleh mereka dalam kerajaan.

Kerajaan Perpaduan

Artikel lain: “Nak Tukar Kerajaan Tunggu PRU, Bukan Langkah Sheraton” – Mohamad Sabu

“Parti lain, kerajaan lain, kerana kalau kita bergantung kepada kerajaan untuk menguatkan parti sahaja tak boleh… ambil sejarah UMNO dan Barisan Nasional (BN), partinya kuat tapi bila kemuncak memerintah boleh kalah pada Pilihan Raya Umum pada 2018 dan 2022.
“Ertinya berada dalam kerajaan belum tentu kuat, parti mesti ada identiti sendiri untuk bergerak.   Saya sebut tadi kami (Pakatan Harapan) hebat dulu tapi kalah di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ketika dalam kerajaan, Semenyih malah di Tanjung Piai juga kalah, itu masa memerintah.
“Jadi  janganlah bila kita dah memerintah jadi Menteri, Timbalan Menteri, berada dalam syarikat milik kerajaan, kita dah kurang ambil tahu pasal parti sebab ia berlainan bila hadapi pilihan raya,”  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Sembilan Kali ke-8 di sini hari ini.

Mengenai pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah  sesi 2023-2026  minggu depan, Mohamad berkata beliau  menyerahkan perkara itu  kepada perwakilan untuk menentukan calon yang mereka mahu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejumlah 124 calon bersaing merebut 27 kekosongan sebagai Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah pada pemilihan yang bakal diadakan serentak dengan Konvensyen Nasional Amanah 2023 di Klang, Selangor iaitu pada 23 dan 24 Dis ini.

Terdahulu, Mohamad dalam ucapannya  berkata PH perlu menjalin kerjasama erat dengan UMNO sekiranya mahu merampas empat negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan.

“Pertingkatkan perpaduan kita, kalau campur undi sokongan pada BN dan PH, insya-Allah kita boleh menang beberapa kerusi Parlimen di empat negeri itu,” katanya.

Mohammad, yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, juga berkata pihaknya akan membuat bancian jika berlaku kerosakan tanaman akibat banjir di Pantai Timur ketika ini sebelum bantuan disalurkan mengikut kemampuan kewangan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Lokal

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd