Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tak Perlu Visa! Rakyat Malaysia Kini Bebas Melancong Ke China Selama 30 Hari

Rakyat Malaysia Kini Bebas Melancong

Mulai hari ini, rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega apabila tidak lagi memerlukan visa untuk melancong ke China, hasil pelaksanaan rasmi Perjanjian Pengecualian Visa antara kedua-dua negara.

Perjanjian bersejarah itu ditandatangani ketika lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada April lalu, dan mula berkuat kuasa 17 Julai 2025.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar China di Malaysia, pengecualian visa ini diberikan kepada warganegara Malaysia yang memiliki pasport biasa, untuk tujuan pelancongan, lawatan keluarga, urusan perniagaan, pertukaran budaya, rawatan perubatan dan perjalanan antarabangsa (termasuk anak kapal).

“Warga Malaysia kini boleh memasuki, keluar atau transit di China tanpa visa dan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap lawatan,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia Kini Bebas Melancong Ke China Selama 30 Hari

Sebelum ini, China pernah menawarkan dasar pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat Malaysia secara percubaan bermula 1 Disember 2023, dan langkah ini kini dimeterai secara rasmi melalui perjanjian dua hala.

Dalam tempoh pelaksanaan dasar percubaan tersebut, Malaysia merekodkan kehadiran 3.8 juta pelancong dari China pada tahun 2024, menjadikan negara itu penyumbang pelancong asing terbesar dari luar ASEAN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tak Ada Visa Haji, 63 Rakyat Malaysia Diusir Dari Makkah Ke Jeddah

Sebagai rekod, China telah menandatangani perjanjian pengecualian visa bersama 158 negara di seluruh dunia.

Dengan perjanjian ini, rakyat Malaysia boleh merancang percutian, lawatan keluarga atau urusan perniagaan ke China dengan lebih mudah tanpa perlu pening uruskan permohonan visa seperti sebelum ini.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd