Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sembang Kosong! CNN Lapor Lintasan Rafah Tidak Dibuka Hari Ini

Pintu lintasan Rafah tidak dibuka hari ini untuk konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza selepas beberapa sumber memberitahu CNN, walaupun sebilangan besar pihak termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengharapkan proses itu segera berlaku.

Menurut laporan, kerja-kerja membaiki jalan perlu dilakukan di zon kawalan sempadan Mesir dan Palestin selain terdapat banyak butiran lain yang perlu diperhalusi untuk memastikan bantuan itu berterusan, bukan sekadar sekali kemasukan sahaja, kata sumber tersebut.

Lintasan Rafah tidak dibuka

Artikel lain: 20 Trak Bantuan Kemanusiaan Dihantar Ke Gaza Melalui Mesir

“Saya tidak harap truk-truk itu akan melintasi sempadan hari ini (Jumaat),” kata sumber yang terlibat dalam perbincangan tersebut kepada CNN.
“Mangsa di Gaza telah menunggu makanan, ubat dan air. Jika mereka diberitahu 20 truk akan datang dan kami tidak tahu bila (truk seterusnya) akan datang, ia hanya akan mengundang situasi yang sangat berbahaya.
“Jika saya berada dalam situasi itu, jika saya tidak fikir akan ada lagi truk, saya akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk mendapatkan apa yang ada di dalam.” ujarnya.

Pegawai AS kini menjangkakan konvoi pertama trak yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dari Mesir akan menyeberangi sempadan hujung minggu ini, mungkin pada hari Sabtu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada hari Khamis petang Jurucakap Jabatan Negeri AS, Matt Miller berkata, bekas Duta Besar David Satterfield yang juga Utusan Khas AS untuk bantuan kemanusiaan Timur Tengah berada di lapangan dalam rundingan dengan pihak Israel dan sedang menguruskan butiran “sewaktu kita berbual.”

Perjanjian itu adalah untuk 20 truk tetapi terdapat 200 truk lain yang diletakkan di luar sempadan dan bantuan dapat diteruskan jika ada dalam perjanjian. 

Israel akan ingin terlibat dalam mekanisme kawalan, kata sumber itu, untuk memastikan mereka meluluskan apa yang akan dimasukkan.

“Situasi boleh berubah dengan cepat, baik ke arah yang lebih baik mahupun yang lebih buruk,” kata mereka.

Semalam, Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan  ke Semenanjung Gaza dari negara jiran Mesir namun hari ini, segalanya hanya janji palsu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: CNN 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Himpunan RXZ Members 8.0 mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling besar sejak program itu diperkenalkan pada 2017....

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd