Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Program Quranic Madani: Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 5 Pagi

Jalan Bukit Bintang akan ditutup bermula 12 tengah malam ini hingga 5 pagi esok bersempena program Quranic Madani Night Reset: Bersatu Dalam Saf @ Bukit Bintang yang diadakan di hadapan Pavilion Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata program tersebut dijadual berlangsung bermula 8.30 malam hingga 11.00 malam ini.

“Bagi memastikan kelancaran program dan keselamatan pengguna jalan raya, beberapa penutupan serta lencongan jalan akan dilaksanakan berperingkat mengikut keperluan semasa sepanjang acara berlangsung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Beliau berkata jalan berkenaan akan dibuka semula berperingkat selepas tamat program itu, tertakluk kepada keadaan lalu lintas dan situasi semasa di lokasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan laluan terlibat dan merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian,” katanya.

Mohd Zamzuri berkata pengguna jalan raya juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel atau perkhidmatan e-panggilan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi dan mengamalkan pemanduan berhemah serta bersabar sepanjang tempoh penutupan jalan dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program dan laluan yang terlibat boleh dibuat melalui Balai Polis Trafik Tun H. S. Lee atau balai polis berhampiran.

Sumber: Facebook Polis Trafik Kl
Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd