Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Seronok Bermain Pasir, Kanak-Kanak OKU Maut Dihempap Blok Konkrit

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas dihempap blok konkrit ketika bermain di hadapan rumahnya di Kampung Telaga Papan, Semerak, hari ini.

Sedang bermain korek pasir

Memetik laporan daripada Harian Metro, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Mohammad Yusof Nor Ismail dipercayai sedang bermain korek pasir bersama bapa saudaranya, Mohd Yunus Nasir yang juga seusia dengannya di kawasan blok konkrit berkenaan.

Kanak-kanak terjatuh dalam lubang pasir

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob menyatakan, ahli keluarga kemudian dimaklumkan kedua-dua kanak-kanak itu terjatuh ke dalam lubang pasir sebelum mendapati mereka dihempap blok konkrit.

“Mangsa didapati tidak sedarkan diri dan keluarga menghubungi Klinik Kesihatan Cherang Ruku, sebelum penolong pegawai kesihatan klinik berkenaan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, seorang lagi mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher dan dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Aktivis Jejak Jalanan, Tengku Mohd Harith Hakimin Tengku Abdul Azis berkata, mangsa dan keluarganya merupakan penerima sumbangan bulanan daripada badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

Katanya, mayat kanak-kanak itu masih berada di HTA untuk urusan bedah siasat dan pihaknya akan membantu urusan pengebumian mangsa.

Sumber: Harian Metro (Noor Amalina Alias)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd