Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Selepas 14 Tahun, MOTAC Kembali Anjur Anugerah Seni Negara

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kembali anjur Anugerah Seni Negara (ASN) seperti diumumkan kerajaan sebelum ini melalui pembentangan Belanjawan 2024.

MOTAC dalam satu kenyataan berkata, ASN adalah pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat, karyawan dan seniman yang telah memperlihatkan ketokohan serta sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air.

MOTAC Kembali Anjur Anugerah Seni Negara

“Pelaksanaan semula ASN sebagai satu langkah untuk mengiktiraf jasa, sumbangan dan ketokohan penggiat seni yang turut memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Madani,” kata MOTAC hari ini.

MOTAC Kembali Anjur Anugerah Seni Negara

Foto hiasan: BERNAMA

Berdasarkan rekod, ASN pernah berlangsung sebanyak lapan edisi iaitu dari tahun 1993, 1995, 1997, 1999, 2002, 2004, 2006 dan kali terakhir adalah pada 2009.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi edisi kali ini, sebanyak tiga kategori iaitu Anugerah Seniman Negara (1), Anugerah Karyawan Seni Budaya (5) dan Anugerah Tambahan (3) dimana pencalonan akan mula dibuka pada 18 Disember ini sehingga 18 Februari 2024.

MOTAC Kembali Anjur Anugerah Seni Negara

Foto hiasan: BERNAMA

MOTAC berkata, anugerah tertinggi ASN ialah Anugerah Seniman Negara yang diberikan kepada seorang penerima tunggal pada setiap edisi pelaksanaannya.

Artikel lain: Istana Budaya Anjur Konsert Sounds Of Malaysia Pada 10 November Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara tokoh pernah menerima Anugerah Seniman Negara adalah Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin (Seni Lakon & Perfileman), Tan Sri Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab (Seni Muzik), Abdul Rahman Abu Bakar (Seni Teater Bangsawan), Datuk Syed Alwi Syed Hassan (Seni Teater) dan Khatijah Awang (Seni Makyung).

Turut dinobatkan anugerah sama Wan Su Othman (Seni Tampak Ukir), Datuk Syed Ahmad bin Syed Jamal (Seni Lukis Visual) dan Hamzah Awang Amat (Wayang Kulit Tradisional).

Tokoh yang dianugerahkan dalam ASN 2024 bakal menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM60,000, sepersalinan pakaian kebangsaan, watikah penganugerahan, trofi, penerbitan berkaitan tokoh serta menjadi seniman tamu MOTAC.

MOTAC Kembali Anjur Anugerah Seni Negara

Foto hiasan: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemenang lain akan menerima insentif penghasilan karya, kemudahan rawatan kelas pertama di hospital kerajaan serta kemudahan/tambang pengangkutan awam milik kerajaan.

+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd