Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Saya Cuma Tiada Rumah, Bukan Gelandangan” – Jason Mamoa

Aktor terkenal, Jason Mamoa memberitahu dia tiada rumah dan hanya menjalani kehidupan di jalanan selepas bercerai dengan bekas isterinya, Lisa Bonet pada 2022.

Menurut laporan People, pelakon yang berusia 44 tahun itu mendedahkan kehidupan peribadinya melalui dokumentari ‘On The Roam’ yang akan ditayangkan pada 18 Januari menerusi saluran HBO Max.

Jason Mamoa tiada rumah

“Saya cuma tiada rumah. Saya bukan gelandangan.
“Saya tak pernah beli rumah tapi saya teruja untuk memiliki kediaman satu hari nanti,” ujarnya.

Artikel lain: Lisa Bonet Berpisah Dengan Jason Momoa Selepas 18 Tahun Bersama

Bukan itu sahaja, Jason turut memberitahu dia kini sedang sibuk kerana menerima banyak tawaran lakonan daripada produksi untuk beberapa projek filem berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, kedua-dua pelakon Hollywood itu terlebih dahulu mengumumkan telah berpisah pada tahun 2022 bagi mengelakkan sebarang kontroversi.

Sekadar info, mereka berkahwin pada Oktober 2017 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Lola Iolani Momoa, 16, dan Nakoa-Wolf Manakauapo Namakaeha Momoa, 15.

Sumber: People

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd