Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Musang King: SAMKA Kumpul 400 Tandatangan, Bawa Suara Pekebun Kepada PM & Sultan Pahang

SAMKA Kumpul

Isu semakin panas apabila Save Musang King Alliance, SAMKA kumpul 400 tandatangan dalam masa kurang tiga jam hari ini untuk petisyen bagi menuntut operasi penebangan pokok durian oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) di tanah yang menjadi pertikaian, dihentikan.

Menurut penasihatnya, Chow Yu Hui, petisyen yang mengumpulkan ratusan suara pekebun durian akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Lebih 1,000 pokok durian Musang King telah dimusnahkan menggunakan jentolak dalam operasi penguatkuasaan berskala besar yang berlangsung sejak tiga hari lalu.
“Banyak pokok tersebut berusia lebih 40 tahun, dan merupakan hasil penat lelah seumur hidup para pekebun,” kata Chow dalam kenyataan hari ini.

SAMKA Kumpul 400 Tandatangan

Dalam kenyataan hari ini, Chow yang juga Ahli Parlimen Raub memaklumkan bahawa para pekebun durian di sana elah menyuarakan tiga tuntutan utama: menghentikan serta-merta operasi penebangan pokok, mengadakan sesi rundingan bersama kerajaan negeri, serta menyediakan kaedah pengusiran yang adil, mampan dan bebas daripada unsur kekerasan.

Beliau turut menekankan bahawa isu kebun durian yang dianggap “kebun haram” ini merupakan permasalahan berskala nasional, melibatkan puluhan ribu pekebun yang telah lama bekerja di atas tanah tanpa geran hak milik rasmi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Para pekebun bersedia untuk mematuhi undang-undang termasuk membayar cukai tanah, sewa atau apa-apa bayaran munasabah yang ditetapkan. Malangnya, permohonan mereka untuk mendapatkan lesen telah lama tidak diberi perhatian.
“Justeru itu, mereka menggesa kerajaan negeri supaya membuka ruang dialog melalui sesi meja bulat, bagi merangka penyelesaian yang seimbang dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan komuniti pekebun yang turut menyumbang kepada ekonomi negara,” ujar beliau.

Artikel lain: Isu Pokok Musang King: Petani Perang Mulut Dengan Penguatkuasa

Terdahulu, kerajaan Pahang menafikan tindakan melanggar perintah mahkamah dan ia sekaligus menyangkal dakwaan Save Musang King Alliance (SAMKA) yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah melanggar perintah itu dengan menebang sekitar 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan.

Untuk rekod, sebanyak 204 pekebun terlibat dalam pertikaian tanah dengan mendakwa kerajaan negeri telah melanggar perintah mahkamah menebang pokok durian Musang King dan telah memfailkan semakan kehakiman, namun ditolak Mahkamah Tinggi.

Sumber: MalaysiaKini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd