Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Pokok Musang King: Petani Perang Mulut Dengan Penguatkuasa

Sekumpuluan petani dan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berang akan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Pahang kerana menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King tanpa notis.

Menurut perkongsian di Faceebook KiniTV, memaparkan Chow dan petani bertelagah bersama penguatkuasa Pahang dan memberitahu bahawa perintah mahkamah yang dikeluarakan pada Mei 2023 melarang sebarang pemusnahan ladang sementara menunggu rayuan.

Isu Pokok Musang King: Petani Berang Perang

Foto: KiniTV

“Jangan langgar perintah mahkamah, tebang pokok.
“Tolong berhenti kami sudah pergi mesyuarat bersama MB, jangan buat macam ini, bagi masa sedikit,” kata Chow di Sungai Klau, Raub, baru-baru ini.

Sementara itu, beliau juga berasa kecewa akan tindakan penguatkuasa kerana menebang pokok yang sudah berusia hampir 30 hingga 60 tahun dan meminta agar pihak atasan memahami keadaan petani yang masih dalam sesi rundingan.

“Kami terkejut apabila tengok banyak pokok yang sudah 30 hingga 60 tahun yang ditebang bukannya pokok yang baru berusia empat tahun. Tolong berhenti, beritahu pihak atasan pekebun-pekebun sedang berunding,” ucapnya lagi.
Isu Pokok Musang King: Petani Berang Perang

Foto: KiniTV

Dalam pada itu, kerja-kerja penebangan pokok tetap diteruskan biarpun Chow menuntut kerajaan negeri untuk memberhentikkanya membuatkan dia terpaksa berdepan dengan pegawai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) namun Chow diminta berunding terus bersama kerajaan negeri.

Artikel lain: Isu Musang King: Pahang Nafi Langgar Perintah Mahkamah, Tegaskan Tanah Terlibat Sah Milik Negeri

Isu Pokok Musang King: Petani Berang Perang

Foto:KiniTV

Terdahulu, kerajaan Pahang menafikan tindakan melanggar perintah mahkamah dan ia sekaligus menyangkal dakwaan Save Musang King Alliance (SAMKA) yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah melanggar perintah itu dengan menebang sekitar 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan.

Untuk rekod, Sebanyak 204 pekebun terlibat dalam pertikaian tanah dengan mendakwa kerajaan negeri telah melanggar perintah mahkamah menebang pokok durian Musang King dan telah memfailkan semakan kehakiman, namun ditolak Mahkamah Tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook KiniTV

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd