Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sambut Hari Lahir Tunang, Lucinta Luna Berciuman Atas Kapal

Selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna sekali lagi mendapat kecaman hebat daripada netizen selepas memuat naik video sambutan hari jadi tunangnya baru-baru ini.

Sebelum itu, dia mencuri perhatian netizen apabila dia memadam koleksi gambar bersama tunang di laman Instagram dengan meluahkan masalah depressi yang dihadapinya.

Tetapi Lucinta berkongsi semula gambar bersama tunangnya termasuk video mesra dengan Arten Boltian atau Alan yang dipercayai berasal dari Ukraine.

Dia dilihat menyambut hari jadi lelaki itu di atas sebuah kapal mewah selain Alan juga turut menjemput rakan-rakannya untuk memperkenalkan Lucinta kepada mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Acara berkenaan bukanlah perbuatan yang dikecam tetapi tindakan Lucinta merakam momen berciuman dengan tunangnya kemudian berkongsi video ke media sosial.

Najisss….

Lucinta yang jelas memakai pakaian menjolok mata ditambah pula dengan Alan yang hanya memakai seluar pendek kelihatan mesra berpelukan dan saling bercumbuan mengundang kritikan ramai.

View this post on Instagram

A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna_manjalita)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, selebriti berusia 34 tahun itu juga sakan menari selain kelihatan meneguk minuman dipercayai alkohol yang dituangkan oleh Alan.

Rata-rata netizen memberi kecaman kepada pasangan ini dimana terdapat seorang netizen meninggalkan komen “kapal kaum Nabi Luth”.

Kaum Nabi Luth….

Kapsyen video tersebut yang ditulis dalam bahasa Rusia juga dikecam kerana mereka mengetahui bahawa Lucinta masih belum fasih dalam berbahasa Inggeris, namun mahu menggunakan bahasa lain pula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahasa Inggeris pun macam ayam berkokok, ni nak berbahasa Rusia pulak

Tetapi komen yang paling banyak ditinggalkan adalah “Allah menciptakan Adam dan Hawa bukan Adam dan Udin,” seolah-olah menyindir pasangan tersebut.

Tuhan menciptakan Adam dan Hawa….

Namun begitu, masih terdapat segelintir netizen yang menyokong pasangan ini dan turut mengucapkan selamat hari jadi kepada Alan.

Happy birthday Papa Alan

Nampaknya walaupun sudah berkali-kali menerima kecaman, Lucinta dilihat enggan mengambil kisah sebaliknya masih lagi berkongsi gambarnya bersama Alan.

Sumber: Instagram Lucinta Luna

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd