Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Saga Baharu Dapat Sambutan, Tempahan Masuk Setiap 43 Saat!

Model sedan paling ikonik Malaysia terus membuktikan pengaruhnya apabila Saga Serba Baharu mencatatkan permintaan luar biasa sejurus tempahan dibuka.

Proton terima 10,000 tempahan Saga dalam masa lima hari

Menurut laporan Berita Harian, dalam masa hanya lima hari, model itu menerima sehingga 10,000 tempahan iaitu bersamaan satu tempahan baharu setiap 43 saat.

Lonjakan minat itu bermula sejak PROTON mengumumkan harga anggaran dan membuka tempahan pada 10 November lalu.

saga

Foto: BH

Purata itu diterjemahkan kepada 2,000 tempahan sehari, atau kira-kira 83 tempahan setiap jam, menjadikan Saga Serba Baharu antara model paling mendapat sambutan dalam sejarahnya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ir Abdul Rashid Musa, menyifatkan sokongan tersebut sebagai sesuatu yang amat dihargai dan memberi motivasi besar kepada syarikat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan mereka. Kejayaan ini membuktikan keyakinan berterusan terhadap evolusi terbaharu sedan kesayangan negara.” katanya.

Artikel lain: Individu Dakwa Proton Wira Isi Minyak RM200, Tangki Diubah Suai

PROTON menjelaskan bahawa Saga Serba Baharu hadir dengan gabungan prestasi lebih baik, ciri keselamatan lengkap, teknologi pintar yang dipertingkatkan serta rekaan generasi baharu yang menjadikannya sedan dengan nilai paling kompetitif dalam kelasnya.

Salah satu faktor utama yang menarik perhatian ramai ialah harganya yang kekal mampu milik. Dengan pelbagai penambahbaikan ketara, model ini masih ditawarkan pada julat harga indikatif RM40,000 hingga RM50,000 yang menjadikannya pilihan praktikal untuk pelbagai lapisan pengguna.

saga

Foto: Carian Google

Dari segi teknologi dalaman, Saga Serba Baharu menampilkan paparan skrin berkembar bersepadu bersaiz 16 inci, yang turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto secara tanpa wayar.

Ciri ini melambangkan komitmen PROTON dalam menawarkan pengalaman pemanduan pintar serta lebih terhubung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aspek keselamatan turut diperkukuh. Model ini kini hadir dengan sembilan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) serta enam beg udara, memberikan perlindungan komprehensif dan meningkatkan keyakinan ketika memandu.

Di bawah bonet, ia dikuasakan oleh enjin baharu i-GT 1.5L yang dipadankan dengan transmisi CVT yang lebih lancar dan efisien. Gabungan ini meneruskan tradisi PROTON dalam menawarkan prestasi halus untuk pemanduan seharian.

Lebih membanggakan, Saga Serba Baharu dibangunkan di atas Advanced Modular Architecture (AMA) iaitu platform yang kini dimiliki sepenuhnya oleh PROTON. Perkara ini menandakan kemajuan penting dalam keupayaan kejuruteraan automotif tempatan.

saga

Imej luarannya juga diberikan nafas segar walaupun mengekalkan identiti abadi Saga, model ini diserikan dengan perincian yang diinspirasikan daripada sulaman songket, simbolik kepada kekayaan budaya Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Abdul Rashid, PROTON kini sedang menggiatkan usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran di Tanjong Malim bagi memenuhi permintaan tinggi ini. Penghantaran kepada pelanggan dijangka bermula sebaik sahaja pelancaran rasmi berlangsung.

Sumber: Berita Harian

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Kejadian mengejutkan menggemparkan penduduk Lorong Cherating Damai, Kuantan apabila lima sekeluarga ditemui tak bernyawa di dalam sebuah rumah pagi tadi, dipercayai mempunyai unsur jenayah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd