Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Royal FLORIA Putrajaya 2024 Bermula 22 Ogos Depan, Pamer Gubahan Dari 10 Negara

Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau singkatannya Royal FLORIA Putrajaya (RFP 2024) kembali lagi buat kali ke-13 yang akan berlangsung di Persisiran Tasik, Presint 2 bermula 22 Ogos hingga 1 September ini.

Menerusi satu kenyataan, acara ikonik anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan itu bakal membawakan tema ‘Raikan Bersama! Celebrate Together!‘.

Royal FLORIA Putrajaya 2024 kembali lagi!

Royal FLORIA Putrajaya 2024

Majlis Pra Pelancaran RFP 2024 telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di Monumen Alaf Baharu, Presint 2 hari ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Presiden PPj, Datuk Fadlun Mak Ujur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selama 11 hari penganjuran, FRP 2024 AKAN menerima kunjungan orang ramai bermula jam 9 pagi hingga 10.00 malam bagi Isnin hingga Khamis manakala 9 hingga 12 malam pada hari Jumaat hingga Ahad.

Bagi penganjuran kali ini, festival itu mengangkat bunga Petunia yang terkenal dalam kalangan pecinta tanaman hiasan sebagai bunga tema acara kerana kepelbagaian warna serta keindahan rupa bentuknya.

Dalam pada itu, komponen utama bagi FRP 2024 adalah pameran taman daripada lebih dari 30 jabatan dan agensi kerajaan termasuk PPj sendiri, agensi korporat dan swasta, persatuan dan pengusaha bunga serta sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Royal FLORIA Putrajaya 2024

Antara agensi dan syarikat yang turut serta adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan (PL), Jabatan Landskap Negara (JLN), Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agensi dan syarikat lain yang turut serta adalah Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Putrajaya Holding, Pulse Group dan lain-lain.

Royal FLORIA Putrajaya 2024

Selain itu, komponen lain yang menjadi tarikan utama adalah Astaka Flora iaitu pameran bungaan dalam bangunan yang menghimpunkan penyertaan dari 10 buah negara bagi kategori gubahan bunga (flower bouquet), pameran dan pertandingan pelbagai kategori orkid, bonsai serta terrarium.

Astaka Flora akan membawakan tema tropical wonders dengan menjanjikan keindahan koleksi tumbuhan tropika yang menyuntik suasana segar dan nyaman dalam hiasan taman serta bunga-bungaan.

Lebih 100 aktiviti sampingan, bengkel dan pengisian pentas turut disusun atur sepanjang acara berlangsung selain lebih 50 gerai jualan Garden Bazaar, Hort Mart serta kraftangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Lokal

Lebih RM45 juta wang tunai dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram...

Sosial

Pendakwah dari Indonesia, Miftah Maulana mohon maaf kepada seorang penjual teh ais selepas tular video memaparkan beliau sedang melemparkan kata-kata kesat dan hina kepada...

Lokal

Isteri kepada seorang pendidik yang dikenali sebagai Cikgu Din dilaporkan telah meninggal dunia di Tumpat, Kelantan, sekitar jam 9 malam tadi. Menurut laporan Buletin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd