Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

RM8 Juta Daripada FashionValet Masuk Akaun 30 Maple – Saksi Kes Vivy Yusof

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam akaun bank milik syarikat 30 Maple Sdn Bhd pada 2018.

Pengurus Khidmat Pelanggan CIMB Bank Cawangan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Azizan Hassan, 45, mengesahkan semakan penyata akaun CIMB Bank milik 30 Maple mendapati kemasukan wang masing-masing berjumlah RM5 juta dan RM3 juta daripada akaun Public Bank milik FashionValet dibuat secara dalam talian pada 21 Ogos 2018.

Saksi pendakwaan pertama itu berkata, transaksi pertama berjumlah RM5 juta direkodkan dengan deskripsi sebagai wang pendahuluan daripada FashionValet kepada 30 Maple, dengan baki akaun sebelum kemasukan itu berjumlah RM2,678,853.48.

“Pada hari sama (21 Ogos), telah berlaku satu lagi transaksi kemasukan wang sebanyak RM3 juta dengan deskripsi yang sama.
“Saya juga sahkan baki sebelum kemasukan wang berjumlah RM3 juta adalah RM7,678,853.48,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada hari pertama perbicaraan pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar, yang didakwa melakukan pecah amanah terhadap dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai pengarah Fashion Valet Sdn Bhd membuat pembayaran kepada 30 Maple tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara pada 21 Ogos 2018 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan serta denda.

Mereka turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu dengan niat bersama secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet berupa dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: SPRM Lengkap Siasatan Terhadap FashionValet – Azam Baki

Pertuduhan pilihan itu dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, Azizan turut mengesahkan akaun semasa 30 Maple Sdn Bhd didaftarkan pada 11 Jun 2018 dengan menamakan Vivy dan Fadzarudin Shah yang juga pengarah syarikat itu sebagai penandatangan dibenarkan.

Beliau berkata, semakan penyata bank 30 Maple bagi September 2018 menunjukkan transaksi pengeluaran wang berjumlah RM10,213,537.28 pada 3 September 2018.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, terdapat transaksi kemasukan wang RM5 juta pada tarikh sama sebelum pengeluaran RM5 juta pada 4 September 2018 dengan deskripsi dividen interim atas nama Fadzarudin Shah.

Azizan memberi keterangan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry dan Haresh Prakash Somiah.

Sementara itu, peguam Datuk M Athimulan yang mewakili pasangan berkenaan memohon kepada Hakim Rosli Ahmad supaya sesi soal balas saksi dibuat pada Jumaat ini berikutan beliau masih bercuti sakit sehingga Rabu, dan permohonan itu dibenarkan mahkamah.

Sumber: BH Online (Suraya Ali)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd