Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Lengkap Siasatan Terhadap FashionValet – Azam Baki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan kertas siasatan mengenai pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang, FashionValet sebelum diserahkan kepada pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan agensi

Memetik laporan FMT, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata keputusan berhubung siasatan tersebut akan diperolehi dalam masa terdekat,

Sebelum ini, beliau berkata siasatan berkait kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet tidak dapat diselesaikan dalam tempoh singkat.

Kontrak Azam Baki sambung setahun lagi

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini kerana kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta itu turut melibatkan beberapa keputusan korporat.

Azam juga berkata, sehari sebelum itu, ada beberapa transaksi akaun mencurigakan dikesan berlaku sejak 2018 hingga tahun lalu selain pihaknya percaya sebahagian pelaburan diterima telah disalah guna.

Pada 6 November lalu, SPRM telah menggeledah kediaman pasangan berkenaan dan menyita 11 beg tangan serta seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

FashionValet - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Foto: Carian Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat 28 Oktober lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners, pada 2023.

Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.

Vivy Yusof | Denaihati

Foto: Carian Google

Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan suaminya, Fadzarudin Shah Anuar, antara disiasat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agensi antirasuah itu turut membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas terbabit.

Sumber: FMT

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk dan pegawai pentadbirannya sendiri...

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sosial

  Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dikenali sebagai Azlan mencuri perhatian selepas memilih untuk menyerahkan sejumlah wang tunai yang ditemuinya kepada pihak...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd