Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

RM31 Bilion Aset Rasuah Dirampas SPRM, Boleh Bina Puluhan Ribu Rumah Mesra Rakyat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kejayaan merampas aset bernilai RM31 bilion hasil aktiviti rasuah dan salah guna kuasa.

Boleh bina puluhan ribu Rumah Mesra Rakyat

Jumlah ini bukan sahaja mencerminkan skala besar jenayah rasuah di negara ini, malah membuka mata rakyat betapa banyak peluang pembangunan telah terkorban akibat kerakusan segelintir pihak.

Menerusi hantaran di laman Instagram, SPRM memuat naik satu infografik memberi perbandingan jelas tentang nilai tersebut.

Rumah Mesra Rakyat

Foto: SPRM

“Bayangkan dengan nilai itu, negara boleh bina 58,431 Rumah Mesra Rakyat, 71 buah sekolah, 158 Klinik Kesihatan dan naik taraf jalan kampung serta desa sejauh 4,024 kilometer,” katanya baru-baru ini.

Jika dana sebegitu besar benar-benar dimanfaatkan untuk pembangunan, kesannya pasti luar biasa.

Puluhan ribu keluarga mampu memiliki rumah selesa, puluhan ribu pelajar dapat belajar di sekolah baharu, rakyat menerima akses kesihatan lebih baik, manakala masyarakat luar bandar menikmati jaringan jalan raya yang lebih moden.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dipercayai Bocorkan Maklumat Operasi, Lima Pegawai ATM Dan Wartawan Direman SPRM

Namun hakikatnya, semua itu tidak berlaku kerana rasuah telah mengambil hak rakyat ke poket segelintir pihak berkepentingan.

“Rasuah bukan sahaja mencuri wang negara tetapi juga meragut peluang rakyat untuk hidup lebih selesa,” tegas SPRM.
Rumah Mesra Rakyat

Foto: Bernama

Kenyataan itu menjadi peringatan bahawa setiap projek terbengkalai, setiap kemudahan asas yang tidak sampai kepada rakyat, dan setiap jalan desa yang tidak dinaik taraf mungkin berpunca daripada penyelewengan dana yang sepatutnya digunakan untuk kesejahteraan rakyat.

Terdahulu, media melaporkan SPRM berjaya merampas aset bernilai RM31.4 bilion hasil aktiviti rasuah sejak lima tahun lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, suruhanjaya itu juga berjaya melaksanakan tindakan pelucuthakan terhadap aset bernilai hampir RM28 bilion dalam tempoh yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram SPRM

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd