Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dipercayai Bocorkan Maklumat Operasi, Lima Pegawai ATM Dan Wartawan Direman SPRM

Sepuluh individu, termasuk lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dua wartawan agensi media dalam talian direman SPRM bagi membantu siasatan kes sindiket penyeludupan yang beroperasi di selatan tanah air.

Pegawai ATM dan wartawan direman SPRM

Menurut laporan Sinar Harian, antara individu lain yang direman adalah seorang pengurus syarikat, seorang pembantu pentadbiran di Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), serta seorang wanita warga asing.

SPRM

Foto: Sinar Harian

Mengikut perintan reman yang dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, empat suspek lelaki direman selama tujuh hari sehingga 20 Ogos.

Dua lelaki dan seorang wanita direman selama lima hari sehingga 18 Ogos, manakala dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia direman selama tiga hari sehingga 16 Ogos.

Menurut sumber, kesemua individu berusia antara 30 hingga 55 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang melalui Op Sohor, yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: SPRM Tumpaskan Sindiket Penyeludupan Didalangi Pegawai Kanan ATM

“Pegawai-pegawai kanan perisikan tentera dipercayai bersubahat dan membocorkan maklumat operasi kepada sindiket penyeludupan untuk mengelakkan sindiket tersebut dikenakan tindakan,” katanya.

Sindiket terbabit dilaporkan membawa masuk pelbagai barangan, termasuk dadah, rokok, dan produk lain dari negara jiran dengan anggaran nilai kira-kira RM5 juta sebulan.

Hasil risikan SPRM selama 12 bulan mendapati, sindiket dipercayai membayar rasuah antara RM30,000 hingga RM50,000 kepada pegawai kanan tentera bagi setiap operasi penyeludupan dijalankan. Rangkaian penglibatan pegawai terbabit didakwa besar dan kompleks.

SPRM

Foto: Sinar Harian

Dalam operasi tersebut, SPRM turut merampas wang tunai melebihi RM63,000, beberapa bungkusan yang dipercayai berisi dadah. alat penimbang dan penyukat, minuman keras, serta senjata api tiruan.

Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes kini disiasat di bawah jenayah rasuah dan aktiviti penggubahan wang haram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan di Lampu Isyarat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu semalam disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri dan menghidap Major...

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Restoran diusahakan pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Aming, iaitu Rembayung di Kampung Baru di sini, secara rasminya dibuka, hari ini. Pembukaan rasmi restoran itu...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd