Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Rizab Berskala Gergasi! Syarikat Itali Dedah Penemuan Besar Gas Asli Di Indonesia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di Blok Ganal, Cekungan Kutai, lepas pantai Kalimantan Timur.

Penemuan tersebut dianggarkan mengandungi sumber gas sekitar 5 trilion kaki padu (TCF) serta 300 juta barel kondensat berdasarkan penilaian awal.

Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM) Indonesia, Bahlil Lahadalia, memaklumkan bahawa penemuan berkenaan merupakan antara yang terbesar dalam tempoh kebelakangan ini dan berpotensi memberi impak besar kepada sektor tenaga negara.

“Saya mahu umumkan bahwa Eni baru saja mendapat 1 WK baru giant dari Geliga yang menghasilkan 5 TCF untuk gas dan kita mendapat kondensat 300 juta barel minyak,” katanya dalam satu sidang media di Kementerian ESDM.

Menurut beliau, Eni turut menyasarkan peningkatan ketara pengeluaran gas dalam beberapa tahun akan datang, dengan kapasiti dijangka meningkat daripada 600–700 juta kaki padu sehari (MMSCFD) kepada sekitar 2,000 MMSCFD menjelang 2028, sebelum mencapai 3,000 MMSCFD pada 2030.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, pengeluaran kondensat turut dijangka berkembang dengan sasaran awal sekitar 90,000 tong sehari menjelang 2028, sebelum meningkat pada tahun-tahun berikutnya.

Artikel lain: Indonesia Tepis Dakwaan, Nafi Beri AS Akses Tanpa Had Ruang Udara

Penemuan Geliga-1 ini sekali gus mengukuhkan lagi potensi Cekungan Kutai sebagai kawasan eksplorasi utama gas laut dalam, susulan beberapa penemuan terdahulu seperti Geng North dan Konta-1 yang turut menunjukkan sumber hidrokarbon berskala besar.

Perkembangan ini turut hadir selepas keputusan pelaburan akhir (Final Investment Decision, FID) oleh Eni bagi pembangunan dua projek utama gas laut dalam di Indonesia yang dianggarkan bernilai sekitar AS$15 bilion (RM254 bilion).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara keseluruhan, projek-projek berkenaan dijangka mempercepatkan pembangunan infrastruktur tenaga negara serta meningkatkan kapasiti pengeluaran gas untuk keperluan domestik dan eksport dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Sumber: CNBC Indonesia, Oil Price

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd