Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Ringgit Lonjak Cecah 3.89 Berbanding Dolar AS, Hampir Tertinggi Dalam Lapan Tahun

Ringgit Lonjak Cecah 3.89 Berbanding Dolar

Ringgit meneruskan momentum peningkatannya apabila melonjak ke paras tertinggi baharu 3.8995 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, hampir menyamai paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Kali terakhir mata wang tempatan mencapai paras itu adalah pada 23 April 2018, apabila mencecah 3.8965/8995 berbanding dolar AS.

Setakat 6 petang ini, ringgit mengukuh pada 3.8995/9060 berbanding dolar AS daripada 3.9110/9170 semalam.

Ringgit Lonjak Cecah 3.89 Berbanding Dolar

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata mata wang negara pesat membangun, termasuk ringgit, terus mengukuh berbanding dolar AS walaupun data penting AS yang diumumkan semalam, termasuk Penggajian Bukan Perladangan mencatat angka lebih tinggi daripada jangkaan awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Anggaran awal menunjukkan KDNK suku keempat 2025 dianggarkan pada 5.7 peratus.
“Ada kemungkinan data sebenar menunjukkan angka lebih tinggi esok,” katanya kepada Bernama.

Jelas beliau, data berkaitan ekonomi Malaysia, termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian, Indeks Perkhidmatan, kerja pembinaan yang telah siap, pengeluaran minyak sawit mentah dan kadar pengangguran, menunjukkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 berkemungkinan mengatasi angka 5.2 peratus pada suku ketiga 2025.

Dalam pada itu, ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan meningkat berbanding mata wang utama lain.

Artikel lain: Ringgit Dibuka Tinggi Pada 4.08 Berbanding Dolar AS, Tertinggi Hampir Lima Tahun

Prestasi ringgit pula bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit diniagakan mengukuh kepada 231.7/232.2 daripada 233.0/233.4 semalam dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0931/0985 daripada 3.0990/1040 sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 12.5998/6273 daripada 12.5808/6062 semalam dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.71/6.72.

Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd