Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Remaja Antara 8 Ditahan Dengan Bahan Terlarang Bernilai RM3 Juta – Polis

Seorang remaja berusia 16 tahun merupakan antara lapan lelaki yang diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah membabitkan rampasan 60 kilogram (kg) dadah bernilai RM3.04 juta menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata, kesemua suspek terdiri daripada tujuh lelaki tempatan dan seorang warga asing berusia antara 16 hingga 78 tahun ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira jam 9 malam Sabtu lalu.

Menurut beliau, serbuan pertama dijalankan di kawasan parkir berhampiran sebuah hotel di Johor Bahru sebelum membawa kepada penahanan empat lelaki tempatan bersama seorang lelaki warga asing.

“Hasil pemeriksaan ke atas sebuah Perodua Bezza milik datuk kepada remaja terbabit menemui 50 peket plastik disyaki mengandungi methamphetamine seberat 60.78kg,” katanya di IPK Johor, Johor Bahru.

Beliau berkata, serbuan susulan di hotel yang sama kemudian membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki tempatan, namun tiada dadah ditemui dalam operasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Ab Rahaman berkata, siasatan awal mendapati remaja berkenaan bersama seorang warga asing bertindak sebagai penghantar dadah, manakala seorang lagi suspek berperanan sebagai ‘runner’. Dua lagi individu pula dipercayai merupakan orang kanan kepada suspek ketujuh yang membantu mengendalikan operasi sindiket berkenaan.

“Suspek ketujuh berusia dalam lingkungan 50-an dikenal pasti sebagai ketua sindiket, manakala suspek kelapan dipercayai perancang utama yang mengatur keseluruhan operasi,” katanya sambil menambah jumlah dadah dirampas itu dianggarkan boleh digunakan 303,900 penagih.

Menurut beliau, sindiket tersebut dipercayai mula aktif sejak awal Mei lalu dengan menggunakan kenderaan sebagai lokasi penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Ab Rahaman turut memaklumkan semakan mendapati remaja terbabit telah tercicir daripada persekolahan sejak Januari 2025.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek termasuk remaja itu positif methamphetamine, manakala semakan rekod jenayah menunjukkan empat daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Rumah Pusaka Jadi Stor Ganja, Dua Beradik Ditahan Bersama 22KG Bahan Terlarang

Selain merampas dadah, polis turut menyita pelbagai aset bernilai RM100,162 mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, termasuk sebuah Toyota Camry, Proton Saga serta pelbagai barang kemas. Keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan dianggarkan berjumlah RM3.14 juta.

Beliau berkata, semua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd