Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Reda Demi Kebenaran, Ibu Terima Kubur Syamsul Haris Digali Semula

Dengan hati yang berat namun reda pada takdir, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, bersedia menyaksikan pusara anak sulungnya, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, digali semula pada Jumaat, 29 Ogos 2025 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu.

Ibu reda kubur anak digali semula

Menurut laporan Sinar Harian, tindakan itu dibuat susulan arahan Mahkamah Tinggi yang menetapkan bedah siasat kedua perlu dijalankan dalam tempoh 14 hari.

reda

Foto: Astro Awani

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet dalam keputusannya menegaskan, proses penggalian semula akan dipantau secara rapi Ketua Polis Negara (KPN) dengan penglibatan pakar forensik bertauliah.

Bedah siasat akan diketuai pakar patologi Hospital Kuala Lumpur, dibantu Datuk Seri Dr. Bhupinder Singh bersama pasukan forensik berpengalaman.

Artikel lain: Mahkamah Arah Kubur Syamsul Haris Digali Semula, Ibu Tuntut Bedah Siasat Kedua

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun keputusan itu mengundang pilu, Ummu Haiman memilih untuk berserah dan reda. Dalam satu perkongsian WhatsApp ringkas, beliau menulis,

“Mohon hadir ramai-ramai. Terima kasih atas sokongan dan motivasi.

Ungkapan itu menjadi bukti bagaimana sokongan orang sekeliling menjadi sumber kekuatan untuk seorang ibu yang sedang menanggung ujian kehilangan.

reda

Sebelum ini, Ummu Haiman pernah melahirkan keresahan kerana masih belum menerima tarikh rasmi meskipun mahkamah telah mengeluarkan arahan. Kini, dengan tarikh dimuktamadkan, beliau hanya berharap kebenaran dapat didedahkan melalui proses tersebut.

Bagi seorang ibu, pemergian anak adalah luka yang tidak pernah sembuh. Namun dalam kepedihan itu, hadir ketabahan dan reda demi mencari jawapan serta keadilan buat insan tersayang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd