Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mahkamah Arah Kubur Syamsul Haris Digali Semula, Ibu Tuntut Bedah Siasat Kedua

Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini memerintahkan kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, digali semula untuk proses bedah siasat kedua.

Allahyarham sebelum ini telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor.

Kubur Syamsul Haris

Mahkamah benarkan permohonan ibu agar kubur Syamsul Haris digali semula

Memetik laporan daripada Kosmo! Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet telah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, yang mahu jasad anaknya digali semula.

Menurut notis usul difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ummu Haiman menamakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar sebagai responden.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam permohonannya, Ummu Haiman memohon perintah bagi mengarahkan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur melakukan satu post-mortem semula ke atas jasad anaknya dalam tempoh 14 hari selepas ia dikeluarkan.”

Kubur Syamsul Haris digali semula untuk bedah siasat kali-2

Bedah siasat itu perlu dijalankan dengan kehadiran pakar forensik serta disaksikan peguam daripada firma Tetuan Naran Singh & Co.

Selain itu, pemohon turut meminta laporan rasmi dikeluarkan dalam tempoh sebulan serta diserahkan kepada pihak guaman.

Beliau juga mahu Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah melantik pasukan baharu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, seperti yang pernah dilakukan dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Ummu Haiman turut memohon agar Peguam Negara menjalankan satu inkues bagi menyiasat punca sebenar kematian anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semasa prosiding, Ummu Haiman diwakili peguam Datuk Naran Singh manakala responden pertama diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Nurul Huda Mohd. Salehuddin dan responden kedua oleh Pengarah Pendakwa Selangor, Datin Kalmizah Salleh.

Artikel lain: Kes Pelatih PALAPES: Ibu Fail Usul Gali Semula Kubur Anak Untuk Bedah Siasat Kedua

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata siasatan jawatankuasa khas mendapati tiada unsur penderaan dalam kematian Syamsul Haris.

Katanya, jawatankuasa tersebut melibatkan beberapa kementerian termasuk Pertahanan, Dalam Negeri, Kesihatan dan Pengajian Tinggi serta mengesahkan semua saksi memberi keterangan bahawa tiada sebarang perlakuan atau tindakan berbentuk penderaan berlaku sepanjang latihan Palapes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menegaskan, kes ini tidak wajar dikaitkan dengan insiden di Sabah dan kementerian akan beri kerjasama penuh sekiranya ada bukti baharu.

Sumber: Kosmo! (Nurulsham Shamsuddin)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd