Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ramai Tergamam, Harga Tiket Konsert NOAH ‘Bagai Bintang Di Surga’

Sejak kebelakangan ini, ramai penyanyi antarabangsa dilihat aktif melakukan konsert jelajah mereka di negara ini termasuk beberapa artis negara jiran seperti kumpulan Dewa, Ungu, Datuk Rossa, Afgan dan terbaharu NOAH atau dahulunya dikenali Peterpan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, kecoh di media sosial apabila ramai mendakwa harga tiket konsert tersebut ternyata lebih mahal daripada seorang penyanyi tempatan baru-baru ini, Noraniza Idris.

Menerusi ciapan dimuat naik pengguna Twitter,  dia berseloroh dengan mengatakan akhirnya ada juga artis yang melakukan konsert dengan harga tiket jauh lebih mahal daripada penyanyi irama Malaysia itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, konsert NOAH itu bakal diadakan pada 12 November ini di Zepp, Kuala Lumpur dan harga tiket yang ditawarkan itu adalah berpatutnya

Harga macam pergi jalan2 di luar negara

Rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut melihat harga tiket ditawarkan oleh pihak pengurusan tersebut di mana ia dikatakan seakan pakej mengerjakan umrah dan percutian ke luar negara seperti negara Eropah.

 

Boleh tidur rumah NOAH seminggu

Bila tengok benefit, kira murah dah tu kalau nak banding dengan Rossa

Selain itu, ada yang beranggapan harga tiket ditawarkan itu adalah berpatutnya jika dilihat pada beberapa jenis barangan bakal diberikan kepada penonton yang hadir.

Malah, ia adalah murah berbanding harga tiket konsert Rossa iaitu RM5,000 untuk seorang.

Harap2 ada baling baju macam ni, baru berbaloi!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Twitter @IniAlalalannn

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd