Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ragut Wanita Atas Jalan, Lelaki Menangis Dipenjara Lima Tahun & Dua Sebatan

Lelaki yang ragut seorang wanita sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa menangis selepas dia dijatuhkan hukuman dipenjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Klang pada Khamis.

Tertuduh, Muhammad Syafi’ei Hasan dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar, lapor Sinar Harian.

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara bermula pada tarikh tangkapan iaitu pada 21 April lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak dengan sengaja sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa berdekatan hadapan Sekolah Menengah Perempuan Raja Zarina, Pelabuhan Klang pada 15 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Sekysen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam menangis lalu mengesat air matanya dan merayu agar dikenakan hukuman ringan serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama kerana sudah insaf.

Ragut wanita lelaki menangis dipenjara lima tahun

“Ibu bapa saya telah tua dan mereka mempunyai penyakit darah tinggi dan gout,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Bahiyah Amir Haidi berkata kejadian itu telah menyebabkan kecederaan parah dan boleh meragut nyawanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Jemput Bruce Gilley Sebagai Penceramah, Universiti Malaya Buat Permohonan Maaf

Menurut Siti Bahiyah, ia kesalahan yang serius, malah menerusi video yang tular di media sosial mangsa terjatuh ke jalan raya akibat perbuatan tertuduh.

Namun begitu, mangsa bernasib baik kerana ketika kejadian berlaku tiada kenderaan yang berada di atas jalan raya bersamanya.

Terdahulu, seorang wanita yang menunggang motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja cedera selepas diragut di lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek bertindak menarik beg silang yang dipakai oleh mangsa menyebabkan wanita itu hilang kawalan lalu terjatuh dan mengalami kecederaan di kedua-dua tapak tangan, lutut dan bahu kiri.

Foto: Majoriti

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata suspek berjaya ditahan selepas melarikan diri di Langkawi.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd