Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Rafizi Ditegur Saifuddin, Minta Henti ‘Dedah’ Hasil Perbincangan Dalaman Parti

Sejak beberapa hari lalu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilihat sering mengeluarkan kenyataan berhubung pemilihan calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, isu timbul apabila terdapat perbezaan pandangan antara beliau dan Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam pemilihan calon bagi parlimen Sungai Buloh.

Rafizi Ramli

Menurut laporan Malaysiakini, berikutan isu yang timbul, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution tampil menggesa Rafizi supaya berhenti membuat kenyataan terbuka mengenai perkara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Parti telah buat keputusan. Hormat dan patuh. Elak buat kenyataan tentang hujah, alasan atau siapa di sebalik sesuatu keputusan itu dibuat.
“Calon telah dimuktamad. Itu keputusan bersama. Ini keputusan parti. Tidak semua perbincangan dalaman parti perlu di hebah. Proses parti perlu dihormati,” katanya.

Saifuddin Nasution

Semalam, Rafizi berkata dia dan jawatankuasa pemilihan calon parti berkenaan mencadangkan agar penyandang kerusi parlimen itu, R Sivarasa mempertahankan Sungai Buloh.

R Sivarasa

Namun begitu, PKR sebelum ini telah mengumumkan untuk memilih timbalan ketua penerangannya, R Ramanan di kerusi parlimen Sungai Buloh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, keputusan meletakkan Ramanan di situ kurang dipersetujui dalam kalangan ahli apatah lagi selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan Khairy Jamaluddin sebagai calon di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan maklum balas diterima, Rafizi menghormati budi bicara Anwar dan berkata PKR akan mengekalkan Ramanan sebagai calon di Sungai Buloh.

R Ramanan

Disebabkan konflik dalaman itu, warganet mula ‘menegur’ sikap segelintir pemimpin PKR yang dilihat seolah-olah tidak sehaluan dalam membuat sesuatu keputusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rata-rata mempersoalkan bagaimana PKR mampu membentuk kerajaan jika masing-masing mempunyai pandangan berbeza, namun berharap mereka boleh mencari kata sepakat dalam sebarang situasi.

Bagus la Rafizi buat begitu, lebih ‘transparent’

Awal-awal dah tak sehaluan, macam mana nak urus negara?

Tak perlu kecoh, ikut tugas masing-masing

 

Nak mengundi pun jadi isu, fokus la untuk rakyat

Untuk makluman, Sungai Buloh mempunyai 158,090 jumlah pengundi dimana kaum Melayu terdiri daripada 99,278 pengundi diikuti Cina (32,560) dan India (16,361).

Sumber: Facebook Malaysiakini (B Nantha Kumar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd