Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Putera Mateen Timang Puteri Sulung, 17 Das Tembakan Meriam Sambut Kelahiran Diraja

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya mata sulung, seorang puteri, pada jam 8.50 pagi hari ini.

Putera Mateen & isteri sambut cahaya mata pertama

Memetik laporan daripada Media Permata, kelahiran cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah itu diraikan penuh istiadat apabila 17 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman sebagai tanda kesyukuran dan meraikan detik bersejarah berkenaan.

“Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini memaklumkan bahawasanya Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, dengan izin ALLAH SWT, telah selamat meluaran seorang Puteri pada Ahad, 20 Syaaban 1447, bersamaan 8 Februari 2026.
“Berikut dengan meluaran ini sebanyak 17 das tembakan meriam telah dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman,” menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Pengiran Muda Abdul Mateen pernah bertitah berkongsi berita kehamilan anakanda sulung mereka pada Oktober tahun lalu, sekali gus mencuri perhatian rakyat Brunei dan peminat keluarga diraja.

Ruangan komen di media sosial turut dibanjiri ucapan tahniah daripada warganet yang berkongsi rasa gembira menerima khabar tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

mateen

Artikel lain: ‘And Then There Were Three’ – Putera Mateen Umum Isteri Hamil Anak Pertama

Untuk info, Pengiran Muda Abdul Mateen merupakan anakanda ke-10 daripada 12 adik-beradik dan putera keempat Sultan Hassanal Bolkiah.

Pasangan diraja berkenaan yang merupakan rakan sejak kecil selamat diijabkabulkan pada 11 Januari 2024.

Sumber: Media Permata

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd