Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PTPTN Perkenal Portal Majikan Online, Mudahkan Urusan Potongan Gaji

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) perkenal Portal Majikan Online bagi memudahkan urusan pemotongan gaji bagi pembayaran oleh pihak majikan.

PTPTN Perkenal Portal Majikan Online

Perkhidmatan ini akan memudahkan majikan dalam proses pengesahan dan semakan data dengan proses keseluruhan potongan gaji dilaksanakan secara digital.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, Potongan gaji pelanggan yang sebelum ini diuruskan secara manual telah boleh dilaksanakan oleh pihak majikan secara dalam talian melalui PORTAL MAJIKAN ONLINE (ptptn.gov.my).

“Portal Majikan Online yang diperkenalkan adalah sebagai salah satu agenda pendigitalan ke arah penambahbaikan perkhidmatan dalam talian untuk memudahkan urusan potongan gaji ke arah perkhidmatan PTPTN yang lebih cekap dan efisyen,” katanya.

Ahmad Dasuki berkata, dengan Portal Majikan Online, majikan boleh melakukan transaksi potongan gaji pekerja pada bila-bila masa dengan mudah, cepat dan selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel berkaitan: Potong Gaji Secara Automatik Bagi Pembayaran Balik PTPTN Tak Akan Bebankan Peminjam

Melalui inisiatif ini, majikan dapat melaksanakan potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman atau penabungan dalam Simpan SSPN oleh peminjam PTPTN atau pendeposit Simpan SSPN dengan mudah.

“Kerajaan melalui Belanjawan 2024 juga telah bersetuju dengan pemberian insentif diskaun 15 peratus untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara potongan gaji bermua 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.
“Diharapkan agar para majikan membantu pekerja mereka yang merupakan peminjam PTPTN untuk mengambil peluang membuat bayaran balik melalui potongan gaji dan menikmati insentif diskaun yang diberikan oleh Kerajaan,” ujarnya.

Pihak majikan boleh melayari Portal Rasmi PTPTN atau menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 untuk sebarang maklumat lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Lokal

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Klang pada Rabu selepas mengaku bersalah membunuh dan membakar kekasihnya...

Sosial

Seorang lelaki meluahkan rasa kesal selepas mendakwa kereta Perodua Axia miliknya dihimpit dua ambulans di kawasan parkir Hospital Seberang Jaya sehingga tidak dapat dikeluarkan,...

Politik

Undi Pos Belum Diputuskan! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pelaksanaan undi pos bagi rakyat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd