Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Potong Gaji Secara Automatik Bagi Pembayaran Balik PTPTN Tak Akan Bebankan Peminjam

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembayaran balik PTPTN melalui kaedah potongan gaji secara automatik adalah satu kaedah kaedah praktikal serta tidak membebankan rakyat.

Memetik laporan dari Bernama, Anwar memaklumkan yang kaedah itu antara cadangan dikemukakan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC) dan akan dilaksanakan melalui pemotongan gaji secara automatik menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Untuk kelestarian jangka panjang

Anwar berkata kadar bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah amat rendah dan kerajaan bimbang dengan kelestarian PTPTN untuk jangka masa panjang.

“Sehingga Mei 2023, jumlah pinjaman yang belum dibayar berjumlah RM66.9 bilion. Jumlah ini sekiranya dibayar, boleh membiayai kira-kira 2.5 juta orang pelajar baharu,” katanya dalam ucapan pada majlis penutup Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Pembayaran Balik PTPTN

Teks mengenai pembayaran balik PTPTN dibaca Timb. Perdana Menteri

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof. Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau lagi, NRC juga mencadangkan untuk memperkenalkan mekanisme baharu pembiayaan, dimana universiti awam (UA) terikat dengan kerajaan menerusi Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA), untuk menghasilkan pelajar dan penyelidikan yang berkualiti tinggi.

Beliau berkata daripada model geran blok, cadangan yang dikemukakan adalah supaya kerajaan ‘membayar’ kepada institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) untuk perkhidmatan pendidikan, berdasarkan formula pembiayaan berasaskan prestasi tersebut.

“Formula ini harus berdasarkan kebolehpasaran graduan, gaji siswazah, dan kualiti pendidikan. Institusi yang dapat menonjolkan prestasi yang baik, akan diperuntukkan kos yang lebih tinggi bagi setiap pelajar,” katanya.

Pembayaran Balik PTPTN

Sekadar gambar hiasan

Dalam pada itu, NRC juga mencadangkan supaya dilaksanakan kitaran perancangan belanjawan tiga tahun seperti yang dilaksanakan di Hong Kong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata ia akan dikawal selia oleh Jawatankuasa Geran Universiti (UGC), yang akan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh institusi, menggariskan program dan jumlah sasaran pelajar berdasarkan bidang keperluan negara, manakala pembiayaan disediakan berdasarkan pendaftaran pelajar yang disasarkan.

Anwar berkata NRC juga melihat kepada aspek pengembangan dana endowmen universiti, dengan menghapuskan peraturan perbelanjaan tahunan sebanyak 50 peratus yang dikenakan terhadap endowmen dan dana wakaf. Beliau berkata universiti terkemuka dunia seperti Universiti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT), mempunyai dana endowmen besar yang membolehkan mereka melabur semula dalam sistem pendidikan, termasuk meningkatkan alat dan bahan pengajaran, mengembangkan penyelidikan dan menyediakan biasiswa.

“Ini akan membolehkan dana endowmen dan wakaf dapat dikembangkan dan seterusnya dilaburkan semula, bagi meningkatkan akses dan standard pendidikan tinggi,” katanya.

Artikel lain: “Insentif Diskaun PTPTN Mungkin Tidak Diteruskan” – KPT

Pembayaran Balik PTPTN

Kredit foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anwar berkata secara keseluruhan cadangan yang dikemukakan NRC, yang ditubuhkan KPT untuk mereformasikan pendidikan tinggi negara, amat baik dan boleh dibincangkan lanjut dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF).

Sumber: Bernama

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd