Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Status Kemajuan Hampir Capai 50 Peratus, KKR Jangka Projek RKAT Siap Ikut Jadual

Kementerian Kerja Raya (KKR) menjangkakan projek RKAT atau pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera akan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Setakat 15 Mac lalu, projek milik Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang dimulakan pada 8 Mac 2022 telah mencapai status kemajuan projek sebanyak 45%.

“Kelewatan adalah disebabkan oleh masalah kekurangan bahan binaan seperti cerucuk dan simen di Sabah pada fasa awal projek. Pihak kontraktor telah mengemukakan pelan mitigasi bagi mempercepatkan pembinaan dan mengatasi kelewatan.
“Pengunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang diaplikasikan dalam projek ini turut memendekkan tempoh pembinaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenanag pekerja manual khususnya pekerja asing,” kata KKR dalam satu kenyataan.

Projek RKAT dijangka siap mengikut jadual

Projek RKAT

Projek Reka dan Bina itu dibangunkan di kawasan seluas 637 ekar dengan kos kontrak bernilai RM188 juta dan skop projek kuarters kediaman ini merangkumi pembinaan 513 unit RKAT iaitu satu unit Banglo Kelas B2, 12 blok Kelas G, 4 blok Kelas F, 2 blok Kelas E dan 4 blok Keas C1.

Artikel lain: Kerajaan Peruntuk RM182.5 Juta Tangani Hakisan Pantai Di Terengganu – PETRA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, projek itu turut menyediakan kemudahan asas lain seperti rumah sampah, rumah pam, tangki air serta kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.

Hala Tuju KKR 2025 menekankan pembangunan infrastruktur dilaksanakan menepati piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (environment, social, governance, ESG) serta mengikut spesifikasi kualiti, kos dan masa yang telah ditetapkan ke aras SIFAR PROJEK SAKIT.

Sementara itu, Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi menyiapkan projek pembinaan ini yang dilaksanakan secara Reka dan Bina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Nasional

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi mengkaji serta menambah baik prosedur operasi standard (SOP)...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd