Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRK Mahkota: Teresa Tidak Akan Kongsi Pentas Ceramah Dengan Akmal Saleh

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok menegaskan dia tidak akan kongsi pentas ceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota di Johor dengan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Memetik laporan Malaysiakini, dia telah menerima nasihat daripada peguamnya untuk melakukan demikian susulan Teresa yang sedang mengheret Muhamad Akmal ke mahkamah.

“Peguam saya telah mengeluarkan surat tuntutan sebagai memulakan kemungkinan saman terhadap Akmal. Peguamnya sudah berhubung dengan peguam saya berhubung perkara ini,” katanya.

Teresa tidak akan kongsi pentas ceramah dengan Akmal

Foto: New Straits Times

Berdasarkan perkembangan itu, Teresa berkata peguamnya telah menasihatinya agar tidak berkongis pentas dengan Muhamad Akmal kerana ia boleh merumitkan kes itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak akan berkongsi sebarang pentas ceramah dengan Akmal. Tambahan pula, saya percaya keputusan ini adalah demi kebaikan kempen pilihan raya kerajaan perpaduan,” tambahnya.

Teresa berkata demikian bagi mengulas cadangan beberapa pihak yang mahu membawa kedua-dua ahli politik itu untuk bersama semasa kempen untuk pilihaan raya 28 September ini.

Sebelum ini, Naib Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching berkata dia tidak mampu membawa kedua-dua ahli politik itu untuk berkongsi pentas.

“Terpulang kepada pengarah pilihan raya untuk menentukan apa yang terbaik, sama ada ia patut (disusun atau sebaliknya). Saya tidak pasti sama ada Teresa Kok akan menyertai (kempen) atau tidak,” ujarnya.

Terdahulu, Teresa yang juga merupakan Ahli Parlimen Seputeh menghantar notis undang-undang kepada Muhamad Akmal menuntut ganti rugi RM25 juta kerana melabelnya sebagai ‘nyonya tua’ dan mahu melekatkan logo tidak halal di dahinya.

Pada masa yang sama, Sayap Pemuda DAP bahagian Seputeh turut membuat laporan polis terhadap Akmal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teresa Tidak Kongsi Pentas Dengan Akmal

Foto: Malaysiakini

Muhamad Akmal sebelum ini menyelar Teresa atas dakwaan ‘campur tangan’ dalam hal-hal Islam susulan komen Ahli Parlimen Seputeh itu mengenai isu pensijilan halal.

Susulan tindakan Muhamad Akmal itu, Teo menggesa pengundi supaya mempertimbangkan sumbangan kerajaan gabungan secara keseluruhan ketika mengundi dan bukannya melihat kepada kenyataan pemimpin tertentu.

Katanya, bahawa adalah tidak adil untuk menghukum orang lain atas tindakan seseorang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Onn Hafiz pula merayu kepada pengundi Cina, yang mewakili 34 peratus daripada 66,318 pengundi di Mahkota, supaya tidak “menghukum” dirinya berhubung isu di peringkat persekutuan.

PRK Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dengan Haizan Jaafar dari Perikatan Nasional.

Sumber: Malaysiakini (Zarrah Morden)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd