Connect with us

Hi, what are you looking for?

Polisi Data Peribadi

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta ini, yang merangkumi semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memaklumkan anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta maksud- maksud bagi pemprosesan data tersebut. Akta ini juga mewajibkan kami mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda.

Justeru itu, anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan, “Data Peribadi”) yang diberikan di dalam permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan Laman Web dan, jika relevan, untuk melanggan perkhidmatan kami boleh digunakan dan diproses oleh BorakDaily.com bagi maksud-maksud berikut:-

a) mempertimbangkan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan Laman Web dan/atau perkhidmatan kami;
b) mempertimbangkan permohonan langganan anda;
c) untuk berhubung dengan anda;
d) untuk memberi khidmat kepada anda;
e) untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran;
f) menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
g) mentadbir penyertaan anda di dalam pertandingan-pertandingan
h) melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
i) tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan
j) untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Syarikat dan
perbadanan-perbadanan berkaitan (“related corporations”)
k) unruk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan rakan-rakan
perniagaan kami;
l) kegiatan-kegiatan perniagaan Syarikat selainnya yang sah;
m) maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma Penggunaan Laman Web,
Terma-Terma Penggunaan; dan/atau
n) maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam terma-terma dan syarat-syarat tambahan.
(secara keseluruhan, “Maksud-Maksud”)

Seterusnya, sila maklum bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia atau dizahirkan kepada perbadanan berkaitan, pemegang lesen, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat, yang mungkin berada di dalam atau luar Malaysia. Selain dari yang dinyatakan di sini, Data Peribadi anda tidak akan, dengan sedarinya, dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau dizahirkan ke mana-mana pihak ketiga.

Kami akan mengekalkan Data Peribadi anda dalam rekod perniagaan kami semasa anda masih adalah seorang pelanggan kepada Laman Web dan/atau Perkhimatan. Kami juga mengekalkan maklumat ini untuk satu tempoh masa selepas anda tidak lagi menjadi pelanggan kami jika maklumat itu adalah perlu bagi Maksud-Maksud ianya dikumpulkan atau untuk memenuhi keperluan undang-undang.

Bagi membolehkan kami memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda diperlukan. Sekiranya anda tidak memberi persetujuan berkenaan kecuali sehubungan dengan pengiklanan atau pemasaran produk atau perkhidmatan Syarikat atau rakan-rakan perniagaan kami, kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas dan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan Laman Web tidak dapat kami luluskan.

Sehubungan dengan pemasaran langsung, anda boleh meminta Syarikat secara notis bertulis (seperti yang diperuntukkan di dalam perenggan seterusnya) agar tidak memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud berikut: (i) pengiklanan atau pemasaran menerusi telefon produk atau perkhidmatan Syarikat atau rakan-rakan perniagaan kami, (ii) mengirim kepada anda menerusi telefon bahan pengiklanan atau pemasaran Syarikat atau rakan-rakan perniagaan kami, (iii) menghantar menerusi emel atau sistem pesanan ringkas (SMS) bahan pengiklanan atau pemasaran Syarikat atau rakan-rakan perniagaan kami; atau (iv) berkomunikasi dengan anda menerusi apa cara sekali pun apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran Syarikat atau rakan-rakan perniagaan kami.

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi Syarikat menerusi pos berdaftar atau emel seperti yang dinyatakan di bawah.

Jika anda berada di bawah umur 18 tahun, ibu bapa anda/penjaga yang sah diperlukan untuk memberikan persetujuan bagi pihak anda. Jika anda adalah seorang pelanggan yang lalu Laman Web dan / atau Perkhidmatan kami, kami akan terus memproses Data Peribadi anda di bawah Notis Privasi ini melainkan jika kita mendengar sebaliknya daripada anda. Anda boleh menjalankan hak-hak anda berkenaan dengan Data Peribadi anda mengikut cara yang

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.