Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hilang Selepas Keluar Gunting Rambut, Prebet Muhammad Sudah Ditemui

Seorang anggota tentera, Prebet Muhammad hilang hampir seminggu selepas keluar untuk bergunting rambut pada Selasa lalu.

Prebet Muhammad hilang

Menurut laporan Kosmo! Online, bapa Prebet Muhammad iaitu Dahalan Abdullah, 61, berkata kehilangan anaknya yang berusia 22 tahun itu dimaklumkan oleh menantunya yang menerima maklumat daripada rakan sekerja mangsa.

Dahalan berkata, anak ketujuh daripada lapan beradik itu keluar untuk bergunting rambut pada pukul 10 pagi menaiki sebuah motosikal berwarna kuning dengan mengenakan baju T serta seluar sukan.

Prebet Muhammad

Foto: Kosmo! Online

“Saya dimaklumkan oleh menantu pada Jumaat sebelum bergegas dari Kuantan ke Kluang kerana mahu mengesan kedudukan anak yang dipercayai mengalami tekanan di tempat kerja,” katanya pada Ahad.
Prebet Muhammad

Foto hiasan

Pelbagai cara dilakukan dalam usaha cari Prebet Muhammad hilang

Difahamkan, pihak keluarga telah melakukan pelbagai usaha pencarian termasuk menggunakan kaedah perubatan Islam tetapi mangsa yang bertugas di sebuah kem di Kluang belum berjaya ditemui.

Artikel lain: PDRM Tamatkan SAR Anggota TDM Hilang Di Royal Belum

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, mangsa sudah tiga tahun berkhidmat di dalam pasukan tersebut selepas menamatkan latihan pada tahun 2021.

“Orang ramai yang mengenali atau mengetahui kedudukan anak saya diharapkan dapat menghubungi talian 011- 40229608 agar dapat saya menemuinya,” ujarnya.

Kemas kini terbaharu, Prebet Muhammad ditemui

Bagaimanapun, menerusi kemas kini terbaharu, mangsa dilaporkan sudah ditemui kira-kira 500 meter dari kem tempatnya bertugas kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Anak saya ditemui dalam keadaan selamat bersama motosikal miliknya tidak jauh dari kem tersebut, namun tidak memaklumkan sebab-sebab tidak pulang ke pasukan.
“Berikutan penemuan itu, pencarian yang dilakukan sebaik kehilangannya dimaklumkan oleh anak menantu dianggap selesai,” kata Dahalan hari ini.

Sumber: Kosmo! Online (1) dan (2) – Adnan Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pengguna akaun Facebook, Cecilia Yap Song KL hari ini mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka atas komen ditinggalkan di hantaran Facebook pelawak kontroversi, Harith...

Dunia

Misteri penemuan beg merah berisi mayat seorang wanita berstatus janda di Ngawi, Indonesia, Khamis lalu akhirnya terbongkar apabila suspek lelaki yang bekerja sebagai jurujual...

Bisnes

Model kecerdasan buatan (AI) dari China iaitu DeepSeek berjaya kalahkan ChatGPT, model AI dari AS yang mendominasi sebelum ini sekaligus melonjak ke tempat pertama...

Sosial

Tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki mirip Harry Potter, karakter dalam siri filem yang dilakonkan oleh aktor Daniel Radcliffe di bandar Prayagraj, negeri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd