Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bersiar-Siar Dengan Stroller, Henry Cavill ‘Superman’ Dah Jadi Bapa

Pelakon Henry Cavill dikhabarkan dah jadi bapa apabila kekasihnya iaitu Natalie Viscuso selamat melahirkan mereka selepas kedua-dua dilihat bersiar-siar bersama kereta sorong bayi di Gold Coast, Australia.

Memetik laporan Daily Mail, pelakon British itu yang sekarang berada di Australia bagi sesi penggambaran filem terbarunya, Voltron dikatakan ditemani keluarga kecilnya itu.

Pelakon Superman, Henry Cavill dah jadi bapa

Henry Cavill Dah Jadi Bapa

Pasangan yang sangat mementingkan privasi itu sehingga kini masih belum berkongsi jantina mahupun nama anak mereka dilihat sedang menikmati musim panas di Australia.

Dalam beberapa foto yang dikongsi oleh Daily Mail, Cavill kelihatan segak dengan gaya kasual memakai kemeja putih dan seluar jeans biru gelap, manakala teman wanitanya pula santai dengan gaun maxi boho hitam yang dipadan dengan kardigan hijau yang longgar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pelakon Veteran Hollywood Dalyce Curry Ditemui Maut Dalam Rumah Terbakar Di Los Angeles

Viscuso dilihat sedang anak mereka dalam kereta sorong bayi berwarna hitam disamping turut memuatkan beg tangan dan topi di bahagian bawah kereta sorong itu.

Pada Jun tahun lalu, Viscuso telah berkongsi kepada orang ramai tentang kehamilannya disamping turut meluahkan rasa terujanya untuk menjadi seorang ibu.

Henry Cavill Dah Jadi Bapa

Sebelum itu, pasangan ini pernah bersama-sama mengumumkan bahawa mereka bakal menyambut kelahiran anak pertama mereka pada April tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Cavill juga berkongsi rasa teruja untuk menyambut anak pertamanya disamping turut meminta nasihat orang ramai berkenaan menjadi bapa.

Wah, Superman dah jadi bapa!!

Sumber: Daily Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd