Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ugut Harith Iskander & Keluarga, Tukang Rumah Dijatuhi Hukuman Penjara 5 Bulan

Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang rumah dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mengugut untuk membunuh dan merogol anak perempuan Harith Iskander.

Memetik laporan daripada Malaysiakini, Izzuddin Md Salim, 31, mengaku bersalah selepas  pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Mageswary hari ini.

Tukang rumah dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM2000

 Tukang Rumah

Foto: Buletin TV3

“Saya minta maaf,” ujar Izzuddin sambil memohon maaf di kandang tertuduh, di hadapan Harith dan bekas isterinya, Jezamine Lim, yang hadir di galeri awam mahkamah.

Susulan itu, Majistret S Mageswary memerintahkan Izzuddin untuk menjalani hukuman penjara lima bulan bermula dari tarikh tangkapan pada 24 Januari, dan jika gagal membayar denda, hukuman penjara akan dilanjutkan selama sebulan lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Izzuddin mengaku melakukan kesalahan itu dengan menghantar mesej berbaur ugutan melalui WhatsApp kepada telefon bimbit Jezamine pada 23 Januari kira-kira pukul 8.50 pagi.

Mesej yang mengandungi gambar anak perempuan Harith, Alessandra Jayne12 tahun dihantar ketika Jezamine sedang berada di sebuah restoran di Jalan Bunus 6, Kuala Lumpur.

 Tukang Rumah

Foto: Sinar Harian

Difahamkan, kesalahan yang dilakukan tertuduh ini boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau penjara sehingga tujuh tahun jika melibatkan ugutan bunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Izzuddin, yang tidak diwakili peguam, turut meminta maaf atas perbuatannya dan memohon agar denda dikurangkan kerana ini merupakan pertama kali dia melakukan kesalahan tersebut.

“Saya janji tidak akan buat lagi,” katanya.

Foto: Carian Google

Dalam sesi perbicaraan tersebut, tertuduh mengesahkan dia sengaja menghantar mesej berkenaan selepas Majistret Mageswary bertanyakan sama ada dia memahami kandungan mesej yang dihantar.

Namun, dia menjelaskan bahawa tindakannya itu hanya untuk “bermain dengan perasaan Harith” dan mengungkapkan rasa kesalnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

Selepas prosiding, Harith dan Jezamine ditanya oleh media mengenai penerimaan mereka terhadap permohonan maaf Izzuddin. Harith berkata permohonan maaf tersebut hanya ditujukan kepada mahkamah.

Jezamine yang dilihat menangis meminta orang ramai untuk memahami perasaan seorang ibu yang anaknya diancam sedemikian.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Harith Iskander

Terdahulu, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) membatalkan persembahan ‘Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter‘ susulan ancaman terhadap keluarga pelawak terbabit.

Perkara itu susulan kontroversi melibatkan hantaran yang dibuat pelawak tersebut di Facebook  mengenai isu ‘Ham’  sehingga ada netizen yang meninggalkan komen menyamakan sebutan berkenaan dengan nama Nabi Muhammad SAW.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd