Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Prasarana Komited Terajui Sistem Pengangkutan Negara Ke Arah Kelestarian

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) komited menerajui sistem pengangkutan negara ke arah kelestarian sejajar melancarkan Pelan Tindakan Kelestarian 2023-2030.

Prasarana komited terhadap kelestarian sistem pengangkutan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pelan tindakan tersebut akan membantu negara bergerak ke arah masa depan yang lebih hijau, lebih saksama dan makmur.

Pelan tersebut adalah peta hala tuju komprehensif yang menggariskan komitmen syarikat terhadap alam sekitar, pengawasan dan kesejahteraan masyarakat yang akan merevolusikan sistem pengangkutan negara.

Ujar beliau, Prasarana membuka jalan untuk Malaysia yang dikuasakan oleh tenaga bersih, dihubungkan oleh sistem pengangkutan yang teguh, inklusif serta dipandu oleh visi bersama tentang kelestarian masa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Prasarana menggariskan empat matlamat utama Rangka Tindakan bagi memastikan komitmen tersebut dapat dicapai iaitu berubah ke arah mobiliti rendah karbon, menegakkan piawaian keselamatan, memacau produktiviti dan memperkaya komuniti serta komitmen terhadap kelakuan perniagaan yang baik dan prinsip etika,”katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Azharuddin berkata Prasarana turut melaksanakan inisiatif penyahkarbonan dengan meneruskan komitmen menukar armada basnya kepada bas elektrik.

Beliau berkata, daripada 15 bas EV yang digunakan sedia ada untuk menaiki Laluan BRT Sunway, mereka akan menambah 100 lagi bas EV kepada armada yang lebih luas menjelang 2026 dan 481 bas lagi menjelang 2030.

Prasarana pelan guna 100 peratus bas elektrik menjelang 2037

Ia jelas dengan matlamat utama untuk menggunakan 100 peratus bas elektrik menjelang tahun 2037, selain memulakan audit tenaga yang komprehensif dengan mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 20% menjelang 2030, yang diterjemahkan kepada 15 peratus pengurangan pelepasan karbon.

“Prasarana juga bekerjasama dengan Sunway Group untuk memasang panel PV solar di seluruh depoh dan stesen di sepanjang Laluan BRT Sunway, menjana 0.8MW tenaga bersih. Panel PV solar akan beroperasi menjelang Q2 2024 dengan anggaran pengurangan sebanyak 696 tan setara karbon dioksida pada tahun pertama. Unjuran penjimatan kos terkumpul dalam tempoh 25 tahun ialah RM5 juta.
“Sebagai penyumbang langsung kepada pengelakan karbon, kami menganggarkan bahawa jumlah penumpang harian membantu mengeluarkan 271,429 kereta dari jalan raya, yang bersamaan dengan menanam 3.2 juta pokok setiap tahun.
“Menjelang 2028, impak ini dijangka meningkat sebanyak 99.7 peratus apabila lebih banyak kereta akan dikeluarkan dari jalan raya seiring dengan pengembangan rangkaian kereta api dan bas, meningkatkan penggunaan pengangkutan awam,”tambahnya.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata langkah Prasarana adalah penting kerana pengangkutan ketika ini adalah penyumbang utama kepada pelepasan karbon monoksida.Oleh itu, beliau berharap langkah itu mampu dijadikan contoh kepada sektor pengangkutan lain ke arah kelestarian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelancaran Rangka Tindakan itu turut dihadiri Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelan Tindakan Kelestarian Prasarana 2023-2030, sila lawati http://sustainability.prasarana.com.my

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd