Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Serah Kertas Siasatan Isu Jenaka ‘Ham’ Kepada Pejabat Peguam Negara

Ekoran kontroversi kes berhubung isu jenaka ‘ham’ yang didakwa telah menghina agama Islam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah selesai merakam keterangan daripada seorang lagi suspek, wanita berusia 64 tahun yang dipercayai meninggalkan komen kontroversi di akaun Facebook milik seorang pelawak dan pelakon baru-baru ini.

Isu jenaka ‘ham’ polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara

Isu Jenaka 'Ham'

Foto: The Sun

“Sebanyak 21 soalan telah diajukan kepada suspek yang juga pesara jururawat dan beliau mengaku telah memuat naik komen seperti yang disiasat.
“Suspek menyatakan tujuan menulis komen tersebut adalah sebagai reaksi balas terhadap hantaran pelawak dan pelakon itu yang keliru dengan perkataan ‘ham’. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad SIM Maxis,” katanya pada Isnin.
Sementara itu, polis juga telah mengambil keterangan pelawak berusia 54 tahun tersebut yang memuat naik hantaran dan sekeping gambar menunjukkan segelas kopi bernama ham sap kopi berharga RM5.50.
Foto: Carian Google
Isu Jenaka 'Ham'
Foto: Facebook Harith Iskander
Terdahulu, pelawak berkenaan didakwa telah memuat naik hantaran tersebut ketika kontroversi status halal sandwich ham and cheese baru-baru ini yang dikatakan membuka ruang untuk mempersendakan agama Islam dan nama Nabi Muhammad SAW.
Setakat ini, sebanyak 16 laporan polis telah diterima di seluruh negara berhubung isu itu dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Astro Awani

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd