Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guru Meninggal Sendirian Dalam Rumah Didakwa Kemurungan, Terjerat Hutang Along

Kematian tragik seorang guru wanita, Lo Kwan Fong, 39, yang ditemui sudah tidak bernyawa dalam rumahnya di Bandar Selesa Jaya, Skudai, terus mengundang rasa pilu selepas didakwa kemurungan akibat beban hutang dengan along.

Didakwa Kemurungan

Guru didakwa kemurungan, tapi tiada dokumen pembuktian

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Aznan Tamin menyatakan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menunjukkan bahawa mendiang mengalami tekanan serius yang dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.

“Guru tersebut mendakwa mengalami kemurungan tapi tiada dokumen pembuktian dari pihak hospital.
“Guru tersebut juga tiada sejarah penyakit. Masalah utama kes tersebut adalah keterhutangan serius dan berhutang dengan along,” jelas Aznan dalam satu kenyataan rasmi.

Mayat guru didakwa kemurungan ditemui sudah berbau di kediamannya

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan memaklumkan, mayat wanita itu ditemui pada Khamis lalu selepas jiran mula mengesyaki bau busuk dari kediaman mangsa.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Nusa Bestari kira-kira jam 8 malam. Siasatan awal mendapati wanita terbabit yang tinggal seorang diri berkemungkinan telah meninggal dunia sejak sebulan lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil bedah siasat yang telah dijalankan oleh doktor pakar forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru mendapati punca kematian unascertained (advance decomposition),” katanya.

Artikel lain: Ada Masalah Mental, Wanita Jadi Punca Kematian 3 Penuntut UiTM Dungun Dilepaskan

Difahamkan, mendiang adalah anak tunggal dan telah kehilangan kedua ibu bapanya sejak 1 Mei 2010.

Mendiang juga hidup sebatang kara dan tidak pernah berkahwin.

Maklumat ini diperoleh daripada pihak sekolah selepas siasatan dibuat dengan bantuan jiran-jiran sekitar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dikesan.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tampil memberikan penjelasan berhubung cadangan transaksi melibatkan Boustead Plantations Berhad (BPlant) selepas perkara itu mendapat perhatian menerusi laporan media...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh usaha membanteras ketirisan dan meningkatkan ketelusan dalam pengurusan institusi pertahanan negara menerusi pelbagai inisiatif penambahbaikan tadbir urus serta pembudayaan...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyemak sama ada kes pengedaran dadah yang dikaitkan dengan pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd