Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ratu Sirikit Mangkat, PM Thailand Batal Lawatan Hadir Ke Sidang Kemuncak ASEAN

PM Thailand Batal Lawatan Hadir

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, membatalkan lawatannya ke Sidang Kemuncak ASEAN selepas kemangkatan diraja di negara itu.

Ia ssekali gus menimbulkan kemungkinan beliau terlepas majlis tandatangan perjanjian gencatan senjata dengan Kemboja yang dijangka disaksikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hujung minggu ini.

Menurut jurucakap kerajaan Thailand, satu perbincangan akan diadakan mengenai bagaimana untuk meneruskan upacara gencatan senjata itu, sama ada seorang lagi pegawai rasmi akan menandatangani perjanjian selepas Perdana Menteri membatalkan lawatan.

Kabinet Thailand dijadualkan mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan persiapan pengebumian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PM Thailand Batal Lawatan Hadir

Manakala Menteri-menteri luar negara anggota ASEAN pula dijangka memulakan hujung minggu diplomasi global di Malaysia, dengan pasukan dari AS dan China mengadakan rundingan perdagangan semasa sidang kemuncak berlangsung.

Sidang tahunan ASEAN tahun ini menekankan kepentingan multilateralisme perdagangan dan memperkukuh hubungan dengan rakan-rakan baru, sambil menguruskan kesan daripada serangan tarif global Trump.

ASEAN juga akan menyambut Timor Leste, negara termuda di Asia, sebagai ahli ke-11 blok serantau itu.

Artikel lain: Wisma Putra Sahkan Donald Trump Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Selama Dua Hari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Trump dijangka tiba di Kuala Lumpur esok sebagai persinggahan pertama dalam lawatan Asia beliau dan dijangka menyaksikan tandatangan perjanjian gencatan senjata yang lebih luas antara Kemboja dan Thailand, selepas beliau berjaya memediasi penghujung konflik sempadan berdarah selama lima hari pada Julai lalu.

Selain itu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, dan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer, akan mengadakan satu siri rundingan perdagangan dengan delegasi China yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, He Lifeng.

Rundingan itu penting memandangkan dua ekonomi terbesar dunia itu sedang mencari penyelesaian selepas Trump mengancam untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas barangan China dan sekatan perdagangan lain bermula 1 November akibat kawalan eksport China terhadap magnet dan mineral nadir bumi.

Terdahulu,  Biro Istana Diraja Thai mengumumkan Bonda Ratu Thailand, Ratu Sirikit Kitiyakara, mangkat pada usia 93 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baginda tidak kelihatan di khalayak ramai sejak diserang angin ahmar pada 2012.

Mendiang suami baginda, Raja Bhumibol Adulyadej, ialah pemerintah paling lama bertakhta di Thailand, selama 70 tahun sejak 1946.

Baginda sering berada di sisi Raja Bhumibol sepanjang tempoh itu, memenangi hati rakyat jelata dengan kerja-kerja amal mereka.

Sumber: BH Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Seorang warga emas menarik perhatian ramai di media sosial selepas videonya yang dikatakan sedang mencuci tandas di sebuah stesen minyak Shell tular di Threads....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd