Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PM Jawab Isu Berkaitan Kadar Kos Petrol – “Harga Minyak Kita Masih Rendah”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab isu harga minyak yang sering dibangkitkan dengan membuat perbandingan kos minyak mentah dunia antara Arab Saudi dan Malaysia.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube Astro AWANI, perbezaan itu dinyatakan oleh Anwar dalam minit 1:51.

“Masa itu berapa harga minyak Arab Saudi? 50 sen per liter. Sekarang saya jadi PM, berapa harga petrol pada tahun 2018? Di Malaysia RM2.21, Arab Saudi dah naik RM2.19.
“Sekarang tahun 2023, minyak di Arab Saudi RM2.84, berapa harga minyak di Malaysia? RM2.05,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata demikian ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Anwar, harga petrol di Malaysia masih berada di paras rendah lalu memberitahu komen dan hujah dibuat ketika bersama Pakatan Rakyat (PR) tidak semuanya benar.

“Jadi, kita ambil kira ini bahawa kenaikan penurunan minyak, maknanya harga minyak kita masih rendah.
“Brunei sekarang RM1.84, oleh itu untuk teris menggunakan komen dan hujah yang kita buat bersama dalam PR tidak semuanya tepat,” ujarnya.

Foto: Parti Keadilan Rakyat

Anwar menjelaskan bahawa janji harga petrol akan turun sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri suatu ketika dahulu adalah ketika PAS bersama PR.

“Ada yang mempertikai soal minyak, hari ini kita menang esok minyak turun. Itu disindir oleh Ketua Pembangkang (Datuk Seri Hamzah Zainudin).
“Bila saya sebut perkara itu, PKR, DAP dan PAS bersama, apa saya sebutkan itu dipersetujui PKR, DAP dan PAS,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Dewan Rakyat bertukar kecoh akibat pertikaman lidah di antara ahli parlimen kerajaan dan pembangkang sebelum ditenteramkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Youtube Astro AWANI

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd