Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PM Bakal Jawab Isu DNAA Ahmad Zahid Esok – Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Intitusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memberi bayangan bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dijawab esok.

Memetik laporan Malaysia Gazette, jawapan berhubung kes mahkamah tersebut akan dijawab oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada sekitar 2.30 petang.

Foto: Malay Mail

“(Ahli Parlimen) Kota Bharu bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan di sini, buat bagi tangan ‘Good’ itu dia akan jawab esok insya-Allah jam 2.30 hingga 3 petang.
“Jadi, soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan kita perlu berlaku adil,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengatakan kemungkinan akan memberi penjelasan berhubung keputusan mahkamah itu di Dewan Rakyat susulan gesaan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Malay Mail

Sebelum ini, Anwar menegaskan beliau tidak pernah campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Ahmad Zahid serta tiada arahan diberikan kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkaitan permohonan menghentikan prosiding tersebut.

Sekadar info, Zahid dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Tinggu daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rahsuah dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.

Sumber: Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Osman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd