Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PLKN Tambah Pengambilan Pelatih, MALBATT Village Lokasi Kem Baharu

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menambah kuota pengambilan pelatih bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2026 dengan hampir 600 peserta akan ditempatkan di Kem MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kuota pengambilan pelatih ditambah

Memetik laporan Harian Metro, program latihan itu dijadual berlangsung selama 45 hari bermula 25 April hingga 8 Jun.

Bakal pelatih bagi Siri 2/2026 yang lahir pada tahun 2008 boleh membuat semakan melalui Sistem ePLKN 3.0 di pautan https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form bermula jam 1 tengah hari esok. Tarikh akhir untuk mengesahkan maklum balas tawaran atau kehadiran ditetapkan pada Jumaat, 3 April.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Ya’cob Samiran berkata, penambahan kuota tersebut dibuat menerusi kaedah pemilihan rawak (balloting) melalui sistem ePLKN.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan penambahan Kem MALBATT Village, jumlah kem yang beroperasi bagi pelaksanaan PLKN 3.0 untuk Siri 2/2026 meningkat kepada tiga kem, selain kem sedia ada di Kuala Lumpur (Kem 515) dan Pekan, Pahang (Kem 505).
“Pembukaan kem baharu seterusnya akan dilaksanakan secara berperingkat tertakluk kepada ketersediaan kem yang akan diumumkan semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, berdasarkan perancangan kuota semasa, penggunaan MALBATT Village sebagai fasiliti sementara bagi Siri 2/2026 akan menempatkan 350 pelatih lelaki dan 250 pelatih wanita.

Artikel lain: Hargai Alumni PLKN 3.0, Kerajaan Beri Merit Khas Untuk Masuk Kerja ‘Gomen’

Beliau berkata, walaupun pelatih lelaki dan wanita berada dalam kawasan kem yang sama, pelaksanaan latihan tetap dijalankan secara berasingan sepenuhnya mengikut kompeni, termasuk dari segi penginapan, aktiviti latihan serta pergerakan harian sepanjang program berlangsung.

“JLKN memberi jaminan kepada ibu bapa aspek keselamatan, keselesaan dan kebajikan pelatih sentiasa menjadi keutamaan sepanjang tempoh latihan selama 45 hari dijalankan di kem ini.
“Penambahan kuota ini membuka peluang kepada lebih ramai belia untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
“Usaha ini sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam merealisasikan objektif PLKN 3.0 untuk membentuk generasi muda yang mempunyai jati diri, patriotik, bersatu padu serta membudayakan semangat kesukarelawanan yang tinggi,” tambahnya lagi.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd