Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hargai Alumni PLKN 3.0, Kerajaan Beri Merit Khas Untuk Masuk Kerja ‘Gomen’

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor awam sebagai tanda penghargaan terhadap semangat patriotisme dan kepimpinan yang diterapkan sepanjang latihan.

Beri merit khas untuk kerja sektor kerajaan

Memetik laporan daripada Kosmo!, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Jeneral (B) Tan Seri Dr. Abdul Aziz Zainal menyatakan inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengiktiraf sumbangan generasi muda yang berkhidmat melalui program PLKN.

“Dengan pemberian merit tambahan ini, kerajaan menghantar mesej jelas bahawa nilai patriotisme dan disiplin yang diterapkan dalam PLKN amat dihargai dalam perkhidmatan awam,” katanya semasa berucap pada Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Siri 3/2025 di Kem Askar Wataniah, Kuala Lumpur.

Beri merit khas sebanyak 30 peratus

Beliau menjelaskan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memperuntukkan kuota khas sebanyak 30 peratus kepada alumni PLKN 3.0 yang menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi ke peringkat seterusnya.

Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) turut memberi sehingga lima markah merit kepada calon berstatus alumni PLKN 3.0 untuk pengiktirafan kokurikulum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

merit khas

Artikel lain: PLKN 3.0 Catat Pencapaian Positif, Pelatih Cadang Lanjut Tempoh Latihan

Selain itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) menyediakan keutamaan 30 peratus kuota temu duga, manakala Suruhanjaya Pasukan Polis (SP Polis) menawarkan tambahan satu peratus merit untuk calon layak menyertai PDRM.

Tidak ketinggalan, Majlis Angkatan Tentera Malaysia (MAT) turut mempertimbangkan merit khas bagi alumni yang ingin menjadi Perajurit Muda atau Pegawai Kadet dalam ATM, menjadikan PLKN 3.0 bukan sekadar latihan  tetapi peluang cerah masa depan.

Sumber: Kosmo! (Amir Haikal Kamarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd