Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PLKN 3.0 Tidak Dilaksana Tahun Depan, Dijangka Bermula Seawal 2025

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 difahamkan mungkin bukan bermula tahun hadapan tetapi diadakan ekitar awal tahun 2025.

Mahu naik taraf dulu infastruktur

Memetik laporan dari Malaysiakini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan yang cadangan pelaksanaan program berkenaan masih dalam proses kajian.

“Kemungkinan PLKN (dilaksanakan) pada tahun 2024 tak ada, tak dibajetkan (di masukkan dalam Belanjawan 2024) pun.
“Nak guna kem (askar) Wataniah (untuk PLKN) kena naik taraf dulu. Kementerian akan bekerjasama dengan pemegang taruh.
PLKN (dilaksanakan kembali) mungkin pada tahun 2025,” katanya dalam dewan rakyat.

PLKN 3.0 sudah diluluskan kabinet

Dalam pada itu, Datuk Seri Mohamad juga mengatakan yang pelaksanaan PLKN 3.0 telah diluluskan oleh Kabinet dan kini dalam peringkat kajian pelbagai aspek pelaksanaannya.

“Pelbagai opsyen telah (kerajaan) kaji…sebelum kertas (kajian) diserahkan kepada kabinet,” katanya.

gambar sekadar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Isu Had Umur PLKN 3.0, Hanya Remaja Lahir Tahun 2007 Akan Dipanggil – Mindef

Remaja lahir pada tahun 2007 ke bawah yang akan dipanggil ke PLKN 3.0

Terdahulu, pihak Kementerian Pertahanan (mindef) menyatakan hanya remaja yang lahir pada 2007 dan selepasnya akan dipanggil menjalani program tersebut sekiranya ia dilaksanakan tahun hadapan.

Mereka yang dipilih menyertai program berekenaan adalah berdasarkan tahun kelahiran dan garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi yang akan memulakan PLKN 3.0 nanti.

“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan.
“Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun.
“Mindef turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN3.0,” ujarnya.

gambar sekadar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini (Haspaizi Zain & Alyaa Alhadjri)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd