Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan Mengaku Tak Salah, Didakwa Larikan Pemilik Kedai Emas

Bekas pemain bola sepak Kelantan bersama rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melarikan seorang pemilik kedai emas di Kampung Palekbang, Tumpat pada Mei tahun lalu.

Memetik laporan daripada Berita Harian, tertuduh, Cik Hisammudin Hassan yang juga bekas penyerang Kelantan bersama Saufi Ariffin bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.\

Disyaki melarikan & kurung mangsa secara sulit

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa secara bersama melarikan Marzuki Mustapha dengan niat untuk mengurung mangsa secara sulit dan salah pada 20 Mei tahun lalu di Kampung Palekbang.

Difahamkan, kesalahan terbabit didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala Cik Hisammudin diwakili peguam dan Saufi tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh, namun mahkamah menetapkan jaminan RM12,000 seorang dengan sebutan semula kes pada 18 Mei ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis Kelantan masih mengesan beberapa individu lain dipercayai terlibat dalam kes penculikan seorang pemilik kedai emas berusia 44 tahun di kawasan berkenaan, dengan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menerusi Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) menzahirkan kebimbangan terhadap insiden tikaman membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd