Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Platform X Kini Lancar Versi Awal Panggilan Suara Dan Juga Video

Platform X yang dulu dikenali sebagai Twitter telah melancarkan versi awal panggilan suara dan panggilan video untuk sebahagian pengguna.

Memetik laporan dari Reuters, Ketua Pegawai Teknologi dan pemiliknya, Elon Musk seakan memberi bayangan akan menukar platform tersebut menjadi aplikasi super selaras dengan penjenamaan semula Twitter kepada X.

Perkara tersebut sekali gus menjelaskan bahawa X menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rangkaian sosial kepada pembayaran rakan ke rakan.

Sekitar Ogos lalu, Musk memberitahu yang pengguna tidak lagi memerlukan nombor telefon untuk ciri baru itu kerana ia akan tersedia menerusi peranti  iOS Apple, Android Google dan komputer peribadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

platform X

Artikel lain: Pengguna Baru X Akan Dikenakan Caj Untuk Ciri Asas

Sebelum ini, pemilik X itu juga menyatakan yang sudah mula mengenakan bayaran kepada pengguna baharu di New Zealand dan Filipina untuk menggunakan ciri asas seperti menghantar mesej.

Tindakan tersebut dikatakan salah satu usaha sedia ada untuk mengurangkan spam dan ‘manipulasi platform dan aktiviti bot kami’.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd