Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pinangan Ditolak? Lelaki 86 Tahun Tak Putus Asa, Setahun Pikat Hati Isteri

Seorang lelaki warga emas berusia 86 tahun tidak putus asa pikat wanita idaman hati untuk menjadi isteri selepas setahun mencuba dan pernah ditolak pinangan.

Kisah mengenai pasangan warga emas itu mendapat perhatian ramai selepas seorang pengguna TikTok memuat naik momen akad nikah, baru-baru ini.

@shafik_syuhada12

“Kalau dah jodoh tak ke mana.. Usia hanya lakaran angka… Masa & tempat dah tertulis di sisi Nya.. Tiba tikanya bertautlah cinta” Selamat Pengantin Baru HJ ABDULLAH BIN ALI (85 tahun) & HJH SITI ZABIDAH BT ZAKARIA (62 tahun). Semoga Allah memberkati perkahwinan ini & berbahagia sepanjang hajat dikandung badan. #MasjidAl_AbrarPauh9Bachok #BilalMudaMasjidAl_Abrar

♬ bunyi asal – 🕊️lirik lagu 🎶Sis Ena 🕊️ – ✍️ lirik lagu 🎶 Sis Ena

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak putus asa pikat hati isteri

Memetik Sinar Harian, Abdullah Ali dari Kampung Aman, Kandis, Bachok, Kelantan meluahkan rasa syukur apabila pinangannya diterima isteri, Siti Zabidah Zakaria, 63 selepas setahun cuba pikat hati.

Abdullah berkata, pinangannya pernah ditolak isteri yang ketika itu masih belum terbuka hati untuk berumah tangga. Bagaimanapun, dia tidak berputus untuk mencuba dan pikat hati wanita tersebut.

“Selepas ditolak, saya tidak berputus asa. Setahun saya cuba tambat hatinya, alhamdulillah jodoh kami ada dan selamat disatukan pada Sabtu lalu,”katanya.

pikat hati isteri

Artikel lain: Miliki Saiz Kemaluan 9 Inci Jadi ‘Senjata’ Pete Davidson Pikat Hati Wanita?

Kongsi bapa kepada tiga anak berusia 60 hingga 65 tahun, sikap lemah lembut Siti Zabidah menyebabkan dia tertarik kepada wanita yang mempunyai dua anak sekitar 40-an.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, Siti Zabidah pernah berkahwin dua kali dan kedua-dua suaminya telah meninggal dunia iaitu pada tahun 2003 dan 2021.

“Lagipun kami berdua masing-masing tinggal sendirian.
“Kebetulan anak-anak saya sama baya dengan isteri dan memberi restu untuk kami bersatu,” katanya lagi.

pikat hati isteri

Abdullah berkata, tujuannya mendirikan rumah tangga adalah lebih kepada ingin mencari teman untuk menghabiskan sisa-sisa hidup.

Dalam pada itu, dia juga bersyukur kerana dikurniakan penglihatan yang jelas dan masih boleh memandu serta oleh membawa isteri bersiar-siar.

Kongsi Abdullah yang juga seorang petani , dia dan isteri tidak mempunyai sebarang penyakit walaupun masing-masing sudah berusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @shafik_syuhada12, Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Himpunan RXZ Members 8.0 mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling besar sejak program itu diperkenalkan pada 2017....

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd