Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

PETRONAS Pantau Rapi, Rantaian Bekalan Bahan Api Dijangka Cukup Hingga Hujung Mei

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) terus memantau rapi bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilan berterusan susulan krisis yang sedang berlaku di Asia Barat.

Menurut kenyataan syarikat itu, hampir 40 peratus keperluan minyak mentah Malaysia melalui Selat Hormuz, sekali gus menjadikan negara tidak sepenuhnya terlindung daripada kesan konflik berkenaan.

“Walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, negara ini tidak sepenuhnya terlindung daripada kesan krisis tersebut. Sejak krisis bermula, harga minyak mentah telah meningkat hampir 40 peratus.
“Susulan itu, kos penghantaran global, premium insurans serta kos logistik berkaitan penghantaran turut meningkat dengan ketara. Semua perkembangan ini telah memberi kesan kepada keselamatan bekalan bahan api Malaysia,” katanya.

Dari segi bekalan domestik, Petronas memaklumkan permintaan tempatan terus melebihi kapasiti pengeluaran dalam negara.

Bagi menampung kekurangan itu, syarikat berkenaan memanfaatkan rantaian nilai bersepadunya melalui kerjasama anak-anak syarikat untuk memastikan bekalan petrol dan diesel kekal mencukupi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Usaha itu, menurutnya, penting bagi mengekalkan pegangan pasaran hampir 50 peratus sehingga Mei 2026, manakala baki bekalan disokong oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia.

Dalam masa sama, Petronas menjelaskan harga runcit bahan api di negara ini masih dikawal kerajaan menerusi Mekanisme Harga Automatik (APM), selain disokong subsidi bagi RON95 dan diesel bagi mengurangkan beban rakyat.

Katanya, walaupun berdepan tekanan pasaran global, langkah itu menjadikan harga bahan api di Malaysia antara yang terendah di rantau ini.

Artikel lain: PETRONAS Nafi, Tepis Dakwaan Terlibat Dalam Perjanjian Bekalan Bahan Api Filipina

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, Petronas akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pihak berkepentingan bagi mengurus sebarang potensi gangguan bekalan, di samping mengutamakan keselamatan tenaga negara.

Dalam perkembangan sama, syarikat itu menggesa industri dan orang ramai agar menggunakan tenaga secara lebih cekap memandangkan tempoh serta skala konflik di Iran masih tidak menentu.

Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian panik atau penyorokan bahan api kerana tindakan tersebut boleh memburukkan lagi keadaan semasa.

Sumber:FB Petronas PETRONAS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd