Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular 13 Tahun Tiada Elektrik, TNB Beri Penjelasan -“Kerja-Kerja Telah Bermula Hari Ini”

Tenaga Nasional Berhad tampil menjelaskan isu tular melibatkan sebuah keluarga di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut yang didakwa hidup hampir 13 tahun tanpa bekalan elektrik.

Permohonan hanya diterima Disember 2025

Menurut TNB menerusi hantaran di media sosial, permohonan bagi penyambungan bekalan elektrik untuk kediaman berkenaan sebenarnya hanya diterima pada hujung Disember 2025 melalui pihak kontraktor.

“TNB telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkaitan pada Januari 2026 bagi membolehkan kerja-kerja penanaman tiang dilaksanakan.
“Ingin dimaklumkan bahawa pelaksanaan kerja di lokasi adalah juga tertakluk kepada kelulusan pihak-pihak berkaitan, termasuk dari aspek keselamatan, teknikal, serta pematuhan status tanah dan izin lalu,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru terima kebenaran mulakan kerja pada 17 Mei 2026

TNB turut memaklumkan pihaknya telah menerima kebenaran untuk memulakan kerja penanaman tiang pada 17 Mei lalu.

Susulan itu, kerja-kerja berkaitan mula dilaksanakan hari ini dengan sasaran penyambungan bekalan elektrik bermula pada 24 Mei 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerja-kerja telah bermula hari ini, 20 Mei 2026 dan sasaran memulakan tugas penyambungan bekalan pada 24 Mei 2026.

“TNB akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan serta meneliti perkara ini bagi memastikan kes seumpama ini dapat diuruskan dengan lebih teratur dan inklusif bersama pihak berwajib yang berkenaan pada masa hadapan.

“Kami memahami keperluan bekalan elektrik sebagai kemudahan asas yang penting kepada kehidupan harian sesebuah keluarga,” ujarnya lagi.

Foto: TikTok muhammadramadhan9602

Tambah TNB, pelaksanaan projek di kawasan berkenaan turut bergantung kepada pelbagai proses kelulusan melibatkan aspek keselamatan, teknikal dan status tanah.

Terdahulu, sepasang suami isteri telah berkongsi gambar dan video sewaktu menunggu dan menahan konvoi Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon bantuan bekalan elektrik di kampung mereka.

Sumber: Facebook TNB Careline

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung...

Lokal

Budaya rasuah dan salah laku dalam kalangan petugas di pintu masuk negara perlu dihentikan segera apabila lima pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia...

Lokal

Persatuan majikan menyatakan kesediaan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya dalam sektor 3D (kotor, berbahaya dan sukar) sekiranya kerajaan membenarkan mereka bekerja secara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd