Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pesawat Ringan Terhempas, Pelakon Speed Racer, Christian Oliver, 2 Anak Maut

Pelakon filem Speed Racer, Christian Oliver dilaporkan maut apabila pesawat ringan yang dinaiki terhempas  di perairan kepulauan Caribbean pada Khamis lalu.

Terbunuh bersama dua anak perempuan

Memetik laporan dari BBC, Christian atau nama sebenarnya,  Christian Klepser, 51, bersama dua orang cahaya mata perempuannya, iaitu  Madita, 10, dan Annik, 12.

Pelakon Speed Racer, Christian Oliver mahu ke Pulau berhampiran Caribbean

Pelakon asal Jerman itu telah berlepas dari Lapangan Terbang F Mitchell di Becquia iaitu sebuah pulau kecil dan sebahagian daripada negara Caribbean St. Vincent dan Grenadines (SVG) pada petang Khamis bersama anak-anaknya  menuju ke pulau berhampiran iaitu St Lucia sebelum ia terhempas.

Dalam pada itu, pemilik pesawat yang juga juruterbang turut terbunuh dalam insiden berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Tidak lama selepas berlepas, pesawat itu mengalami kesukaran dan terhempas ke laut,” kata pegawai penyiasat.

Video pesawat dinaiki Pelakon Speed Racer, Christian Oliver terhempas tular

Menerusi rakaman video yang dirakam orang awam dan tular di media sosial, dapat dilihat yang pesawat berkenaan berada dalam keadaan menjunam sebelum terhempas ke laut.

Menurut Polis Diraja SVG, Penyelam dan nelayan tempatan dari Ladang Paget di pulau kecil Bequia juga dilaporkan bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan.

Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat yang dijangka diadakan dalam beberapa hari akan datang dan siasatan ke atas kejadian tersebut sedang dijalankan.

Artikel lain: 4 Mangsa Termasuk Bayi 11 Bulan Masih Hidup Selepas Pesawat Terhempas Di Amazon

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, aktor terbabit sudah 30 tahun terlibat dalam dunia lakonan dan banyak membintangi filem popular termasuk naskhah Speed Racer dan Valkyrie.

Selain itu, beliau juga muncul dalam filem Steven Soderbergh The Good German dan dalam dua musim siri Jerman popular Alarm for Cobra 11 sebagai detektif.

Sumber: BBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd