Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Setelah Lama Berjuang, Pesara Sakit Kanser Tular Dijaga Anak Meninggal Dunia

Pesara Sakit Kanser Tular

Seorang pesara sakit kanser tular kerana menggajikan anak kandungnya sendiri untuk menjaga beliau yang uzur selain duji penyakit kanser dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya terletak di Bangi, petang tadi.

Pesara Sakit Kanser Tular Dijaga Anak Meninggal Dunia

Berita duka itu dikongsikan oleh anak sulungnya, Muhammad Taqiuddin menerusi sebuah hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran itu, Muhammad Taqiuddin memaklumkan bapanya, Allahyarham Mohamad Tabarani Selamat, 70, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.10 petang tadi selepas beberapa bulan bertarung dengan penyakit kanser usus dan paru-paru selain masalah kesihatan yang lain sejak Disember lalu.

Kongsinya lagi, urusan jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Teras Jernang, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras Jernang selepas solat isyak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Artikel lain: Bukan Duit Raya, Bapa Beri Geran Hibah Kepada Setiap Anak

Terdahulu, media melaporkan seorang pemuda dikenali Muhammad Ashraaf, 32, sanggup berhenti kerja sebagai pembantu veterinar untuk menjaga ayahnya, Allahyarham Mohamad Tabarani, yang semakin tidak mampu menguruskan diri akibat sakit.

Kisah pengorbanan Ashraaf sebagai penjaga sepenuh masa, yang digaji oleh bapanya, mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan oleh abangnya, Muhammad Taqiuddin, di Facebook.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kisah ini mencerminkan kasih sayang yang mendalam antara bapa dan anak.

Sumber: FB  Taqiuddin Tabarani

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd