Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pesara Komander TLDM Didakwa Atas 89 Tuduhan Menipu Lebih RM1 Juta

Seorang pesara bekas komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Komander mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru hari ini bagi kesemua 89 pertuduhan menipu membabitkan pelbagai kerja perolehan di Kem Diraja (KD) Sultan Ismail yang dianggarkan lebih RM1.07 juta, dua tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, Haizad Ismail, 43, membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan dibacakan oleh dua jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail selama kira-kira dua jam 30 minit.

Lebih Dua Jam Baca 89 Pertuduhan Menipu Pesara Bekas Komander TLDM

Foto: Utusan Malaysia

Mengikut 89 kertas pertuduhan, bekas penjawat awam itu didakwa menipu Kapten TLDM Shaiful Fadzli Ismail, 50, sebagai Pegawai Memerintah KD Sultan Ismail dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa pelbagai kerja perolehan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera, KD Sultan Ismail telah selesai dilaksanakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbuatan itu didakwa dengan curangnya mendorong Shaiful Fadzli untuk memperakukan pembayaran antara RM1,000 hingga RM40,000 yang keseluruhannya berjumlah RM1.07 juta kepada 10 syarikat yang mana beliau tidak akan memperakukan pembayaran itu jika tidak diperdayakan.

Semua perbuatan yang didakwa dilakukan ketika tertuduh bertugas sebagai Ketua Bahagian Logistik dan Material di KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih di Kota Tinggi, pada 23 Oktober dan 29 November 2023.

Foto: Sinar Harian 

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Asraf Mohamed Tahir mencadangkan jumlah jaminan RM180,000 bagi semua pertuduhan dihadapi tertuduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Polis Siasat Insiden Anggota TLDM Bergaduh Di Stadium Bola Di Lumut

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan keseluruhan jumlah RM39,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 15 April depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

“Isteri tertuduh seorang suri rumah akan menjadi penjamin kepada tertuduh dan tertuduh mempunyai lima anak berusia antara tujuh hingga 17 tahun dan semuanya masih bersekolah.
“Tertuduh baharu sahaja bersara pada 2 Januari lalu selepas berkhidmat selama lebih 24 tahun dan kini, satu-satunya sumber pendapatan tertuduh adalah pencen bulanan sebanyak RM4,000, namun perlu menanggung keluarga termasuk ibunya, selain bapa tiri yang menghidap asma,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro (Izz Laily Hussein)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencuri tumpuan dengan kenyataan pedasnya berhubung lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia....

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd